Taklimat / ceramah ini mengandungi pakej umum untuk memberi pengetahuan asas pengurusan rekod bagi meningkatkan kesedaran kepentingan pengurusan rekod. Kandungan taklimat ini meliputi peringkat pewujudan, penggunaan, penyelenggaraan dan pelupusan.
Taklimat selama 2 jam ini mengandungi
Pengenalan Pengurusan Rekod
Klasifikasi Fail
Pelupusan Rekod
Jadual Pelupusan Rekod
Taklimat ini akan diikuti dengan sesi perbincangan dan lawatan ke registri dan bilik rekod jabatan.
1. Pengenalan Pengurusan Rekod
Objektif :
Untuk menyebarkan dan memberikan kefahaman secara umum kepada pegawai dan kakitangan agensi kerajaan persekutuan,negeri, badan berkanun dan perusahaan kerajaan (GLC) mengenai kepentingan pengurusan rekod dalam tugas harian.
Meningkatkan kesedaran kepada pegawai kerajaan mengenai kepentingan rekod dan menegaskan bahawa pemusnahan rekod awam adalah dibawah kuasa Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia berdasarkan Akta ANM 2003.
Kandungan :
Definasi maklumat,rekod, rekod awam dan rekod persendirian.
Kitaran hayat rekod.
Pengujudan, penggunaan dan pelupusan.
Penilaian dan pemindahan.
Borang-borang berkaitan.
Perundangan dan peraturan.
Penilaian kepuasan pelanggan.
2. Klasifikasi Fail
Objektif :
Untuk memberi pendedahan serta mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan serta kefahaman secara umum kepada pegawai dan kakitangan agensi kerajaan persekutuan,negeri, badan berkanun dan perusahaan kerajaan (GLC) mengenai kepentingan pengkelasan fail dalam sesebuah organisasi.
Meningkatkan keupayaan kepada pegawai kerajaan untuk melaksanakan pengurusan rekod kerajaan dengan cekap dan berkesan serta memenuhi piawaian (Standard Of Procedure) dalam penyediaan kelasifikasi fail mengikut kehendak ANM.
Untuk memberi kesedaran dan pendedahan serta mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan secara umum kepada pegawai dan kakitangan agensi kerajaan persekutuan,negeri, badan berkanun dan perusahaan kerajaan (GLC) mengenai kepentingan pelupusan rekod kerajaan.
Meningkatkan keupayaan kepada pegawai kerajaan untuk melaksanakan pengurusan rekod kerajaan dengan cekap dan berkesan serta memenuhi piawaian (Standard Of Procedure) dalam pelupusan rekod kerajaan dengan menggunakan kaedah pelupusan menggunakan JPR dan tanpa JPR berdasarkan MS ISO 9001 : 2000.
Kandungan :
Definasi Pelupusan.
Penilaian Rekod dengan menggunakan Borang Permohonan Pelupusan Rekod.
Pelupusan dengan menggunakan JPR.
Pemisahan.
Pemusnahan Rekod.
Penangguhan Rekod.
Pemindahan Rekod.
Mini Projek URUS.
Kesimpulan.
4. Jadual Pelupusan Rekod
Jangkamasa : 2 jam
Objektif :
Untuk memberi kesedaran dan pendedahan serta mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan secara umum kepada pegawai dan kakitangan agensi kerajaan persekutuan,negeri, badan berkanun dan perusahaan kerajaan (GLC) mengenai kepentingan Jadual Pelupusan Rekod.
Meningkatkan keupayaan pegawai kerajaan untuk melaksanakan pengurusan rekod kerajaan dengan cekap dan berkesan serta memenuhi piawaian (Standard Of Procedure) dengan menggunakan Jadual Pelupusan Rekod berdasarkan MS ISO 9001 : 2000.