Anda berada di sini :
Memorial / Rumah Kelahiran P.Ramlee
Rumah Kelahiran P.Ramlee
22
MAC 1929- 29 MEI 1973
LATAR BELAKANG
Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak di No. 4A, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Husin. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya semasa zaman pendudukan Jepun. Walaupun telah dibaiki rumah ini masih lagi dalam bentuk yang asal.
PAMERAN
Skop Pameran terbahagi kepada dua (2) bahagian utama, iaitu menunjukkan ‘living areas’ semasa Allahyarham menduduki rumah tersebut dan riwayat hidup Allahyarham semasa di Pulau Pinang. Pameran adalah meliputi koleksi asal bahan-bahan Allahyarham semasa di Pulau Pinang dan pusaka – pusaka peninggalan keluarga Allahyarham. Pameran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Dalam dan Bahagian Luaran.
BAHAGIAN DALAM
Bahagian Dalam terbahagi kepada:-
1. Pengenalan P. Ramlee 2. Ruangan Seni dan Sukan 3. Bilik Tidur 4. Ruang Dapur
BAHAGIAN LUAR
Selain dipamerkan basikal sezaman yang digemari oleh Allahyarham, pokok-pokok asal juga dikekalkan. Pelawat-pelawat juga dapat melihat keindahan kawasan halaman yang ditanam dengan bunga-bunga indah.
BAHAN
i. Peti Besi
Peti besi yang telah digunakan oleh P.Ramlee dan keluarganya untuk menyimpan pakaian.
ii. Antara koleksi pakaian harian P.Ramlee.
iii. Bilik Tidur P.Ramlee
Waktu Lawatan
Hari
Masa
Selasa hingga Ahad
10.00 pg - 5.30 ptg
Jumaat
10.00 pg - 12.00 tgh
3.00 ptg - 5.30 ptg
Sabtu & Ahad
10.00 pagi - 5.30 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan
cuti sekolah)
Tutup
Masuk adalah PERCUMA.
Rumah Kelahiran P. Ramlee, Lot 2180, Jalan P. Ramlee,
10460 PULAU PINANG.
No. Tel : 04-2817484
TAHUKAH ANDA?
Filem Penarek Becha merupakan filem arahan pertama P.Ramlee di mana filem ini telah terpilih sebagai Filem Terbaik dan beliau juga turut terpilih sebagai Pengarah Terbaik pada tahun 1956