Pengumuman!

Anda berada di sini : Perkhidmatan / Kemudahan Penyelidikan / Peraturan Dewan Penyelidikan

PERATURAN DEWAN PENYELIDIKAN


  1. Hanya kakitangan Arkib Negara dan penyelidik berdaftar yang mempunyai Kad Pendaftaran yang sah dibenarkan masuk ke Dewan penyelidikan.

  2. Semua beg, kampit, fail dan seumpamanya tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan. Anda boleh menyimpannya didalam 'locker' berhampiran Kaunter I, Tingkat 1, Unit Penyelidikan. (Sila dapatkan kunci dari Pegawai Petugas).

  3. Ketika membuat penyelidikan anda dikehendaki memakai pakaian sopan.

  4. Gunakan pensel sahaja untuk meminta bahan atau membuat sebarang catatan.

  5. Permintaan bahan hendaklah dibuat dalam tiga (3) salinan melalui Borang Permintaan yang disediakan.

  6. Bahan-bahan arkib hendaklah digunakan dengan cermat dan teliti. Lampiran-lampiran didalamnya tidak boleh dikeluarkan atau ditambahkan.

  7. Hanya lima (5) item secara manual dan sepuluh (10) item secara sistem COMPASS dibenarkan pada satu-satu masa.

  8. Jangan ditulis atau ditanda pada bahan-bahan yang anda gunakan.

  9. Rujukan kepada bahan arkib hanyalah di Dewan Penyelidikan.

  10. Permintaan penyalinan bahan-bahan hendaklah dibuat melalui Borang-borang Pesanan yang disediakan.

  11. Anda dikehendaki membayar kos penyalinan tersebut seperti yang telah ditetapkan didalam Peraturan Arkib Negara (Bayaran)(Pindaan) 1984.

  12. Anda hendaklah menyerah kembali bahan-bahan yang digunakan bersama Borang Permintaan ke Kaunter.

  13. Anda bertanggungjawab terhadap keselamatan bahan tersebut semasa anda menggunakannya.

  14. Anda tidak dibenarkan merokok, makan, minum dan berbual-bual ketika membuat penyelidikan.

  15. Sebarang masalah yang timbul ketika anda menjalankan penyelidikan bolehlah dikemukakan kepada Pegawai Petugas.

  16. Bahan arkib boleh direzab untuk jangkamasa tiga (3) hari sahaja dan mesti disertai dengan borang rezab. Bahan-bahan ini boleh diminta semula di Kaunter.

  17. Kad Pendaftaran Penyelidik anda boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja jika didapati anda telah melanggar Akta Arkib Negara 629 pindaan 2003 Peraturan dan Kemudahan Rujukan 1974.

  18. Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit.

  19. Tidak dibenarkan membawa kamera.

  20. Tidak dibenarkan membawa beg / tas tangan wanita / "breif case"

  21. Tidak dibenarkan membawa topi kaledar.

  22. Tidak dibenarkan membawa fail / "folder" / bahan bercetak atau fotostat.

  23. Tidak dibenarkan makan dan minum.

  24. Tidak dibenarkan menggunakan pen, hanya PENSIL sahaja yang dibenarkan.

  25. Dilarang merokok.

Tarikh Kemaskini :