Pengumuman!

Anda berada di sini : Rekod Dalam Negeri 2007

REKOD DALAM NEGERI 2007


Bil Bahan           Deskripsi
46. Hilangnya Seorang Patriot Buku ini adalah karangan Abudi Majid Yusuff dan menceritakan kisah hidup Allahyarham Tun. Dr. Ismail semasa dalam perkhidmatan kerajaan serta penglibatan beliau dalam arena politik.
47. Majalah Pembangunan Majalah ini (1 keluaran) Bil. 15 – April 1963 adalah dalam tulisan jawi. Antara artikel yang terdapat didalamnya ialah mengenai Universiti Malaya, kemudahan pelajaran, masyarakat dan persatuan Pemuda Pemudi, pembukaan tanah baru di Perak, kata-kata pesanan Tun Abdul Razak serta senikata lagu kebangsaan Negeri Johor.
48. Buku Cenderamata Malam Seni Budaya Buku Cenderamata ini diterbitkan oleh Badan Kebudayaan, Kesenian, Sukan dan Khutub Khanah Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru Timur bertujuan untuk memungut Derma Pertahanan Negara. Program ini diadakan pada tahun 1965 dan mengandungi kata-kata aluan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dan Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru Timur.
49. Mas’alah Irian Barat Risalah ini mengandungi ucapan Perdana Menteri YAB Tunku Abdul Rahman Putra dalam Mesyuarat Belanjawan Dewan Rakyat pada 6 Disember 1960. Beliau telah menerangkan mengenai usahanya untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah Irian Barat dan perkara-perkara lain mengenai perhubungan luar Tanah Melayu.
50. Koleksi VCD ‘Profil Pejuang Bangsa’ Profil Pejuang Bangsa adalah sebuah rancangan berkonsepkan dokumentari yang merakamkan temubual dengan 17 tokoh-tokoh negara dan sumbangan yang diberikan serta perjuangan mereka semasa kemerdekaan. Rancangan ini diterbitkan pada tahun 1980an dan mengandungi 17 episod (setiap episod 30 minit).
51. Pen Pen jenama Parker buatan USA ini tertera nama Tunku Abdul Rahman Putra dengan tarikh 17 Mei 1973. Pen ini adalah kepunyaan asal Tunku.
52. Poskad Straits Settlements Poskad ini (1 keping) adalah mengenai Pasar Johor di zaman Straits Settlements dan berukuran 14 cm x 9 cm.
53. Salasilah Melayu dan Bugis dan sekalian Raja-Rajanya Salasilah ini adalah dalam bentuk buku yang dikarang oleh Allahyarham Raja Ali Haji bin Engku Ahmad. Buku ini dicetak dengan titah DYMM Sir Ibrahim, Sultan Yang di-Pertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor pada tahun 1956 oleh Pejabat Cetak Kerajaan Johor. Ia menceritakan perihal keturunan Raja-raja Bugis, Riau, Pontianak dan Selangor. Buku ini adalah dalam tulisan jawi.

KOLEKSI SETERUSNYA >>> 1 | 2 | 3 | 4

Tarikh Kemaskini :