Poster (1 helai) bertajuk ‘Freedom Of Worship’ ini memaparkan
tempat-tempat ibadat bagi pelbagai agama di Malaya dan
dicetak sekitar tahun 1950an.
32.
Malayan Landscape Calendar 1953
Kalendar ini mengandungi gambar-gambar menarik lanskap
Malaya pada tahun 1953 seperti Johor Bahru, Kuala Kedah,
Sungai Kelantan, Pulau Langkawi, Melaka, Pulau Pinang,
Pahang dan lain-lain.
33.
The Malayan Landscape
Buku ini berbentuk pictorial dan memaparkan gambar-gambar
pemandangan sekitar Malaya dan Singapura pada tahun 1940an.
Buku ini dicetak pada tahun 1949 di Singapura dan berusia
59 tahun.
34.
Annual report Of The Electricity Dept. For The Year
1946
Mengandungi laporan tahunan Jabatan Elektrik 1946 dan
kedudukan stesen janakuasa letrik termasuk tariff letrik.
Juga mengandungi penyata kewangan, statistic dan laopran
stesen-stesen bekalan di pekan-pekan berkenaan. Terdapat
gambar-gambar stesen elektrik di bangsar, Ulu Langat dan
Johor Bahru. Diterbitkan pada tahun 1947, mempunyai 80
muka surat dan berusia 61 tahun.
35.
Federation Of Malaya Yearbook 1956
Mengandungi gambar-gambar Pesuruhjaya British, Sultan-Sultan
dan maklumat mengenai negeri-negeri, pilihanraya pertama,
sukan, income tax dan lain-lain. Buku ini diterbitkan
pada tahun 1956 mempuyai 200 halaman dan berusia 52 tahun.
36.
Suratkhabar Young Malayans
Suratkhabar ini diterbitkan setiap 2 minggu (8 m.s.)
oleh Kementerian Pelajaran ditujukan kepada remaja dan
para pelajar. Kandungannya adalah berbentuk pengetahuan
am, politik, cerpen, kuiz, sejarah dan laporan peristiwa.
Kesemuanya 60 keluaran lengkap meliputi tahun 1946, 1951
dan 1952.
37.
Kad Rokok
Kad rokok ini berjumlah 24 keping dan setiap gambar
adalah mengenai bangunan yang terdapat semasa era Negeri-Negeri
Selat.
38.
Poskad Abad Ke 19
Sebanyak 132 keping poskad abad ke 19 diperoleh untuk
koleksi ANM. Poskad ini mempunyai alamat lengkap, setem,
cop dan tarikh mengenai bangunan bersejarah, pelabuhan,
perkampungan, orang kenamaan dan pengangkutan.
39.
Surat Dari R.O. Winstedt
Surat ini bertarikh 16 Februari 1960 dan dikirimkan
kepada Che Mohamad Yusuf bin Mustafa yang beralamat di
Jalan Kampong Sireh Paloh, Kota Bharu, Kelantan. Penerima
merupakan seorang Penyusun Buku Mastika Bahasa. Surat
ini adalah dalam tulisan tangan R.O. Winstedt dan menerangkan
mengenai penerimaan Buku Mestika Bahasa dan juga perkataan-perkataan
yang terdapat di dalamnya. Penulis juga menerangkan beliau
akan menerbitkan Kamus Melayu dalam masa 7 hingga 8 bulan
lagi, juga menyatakan usianya hampir 82 tahun.
40.
Koleksi Piring Hitam
Koleksi ini berjumlah 62 keping untuk simpanan ANM dan
pusat audio-visual. 26 unit bersaiz besar dan 36 unit
bersaiz kecil nyanyian penyanyi-penyanyi tahun 1960an
hingga 1970an seperti P. Ramlee, A. Ramlie, Sharifah Aini
& Broery, Fatimah Razak, Kamariah Nor, Rafeah Buang, Jaffar
O, Ismail & Anita, D.J. Dave, Ahmad Jais, J. Sham, Norlela
Nasir, M. Shariff, Halim Yatim, A. Romzi, Kartina Dahari,
Rahimah Rahim dan lain-lain. Keadaan piring hitam masih
baik dan boleh dimainkan.