Pengumuman!

Anda berada di sini : Rekod Dalam Negeri 2007

REKOD DALAM NEGERI 2007


Bil Bahan           Deskripsi
31. Koleksi Majalah Film Raya Koleksi majalah ini berjumlah 108 keluaran (Lengkap) diantara tahun 1951-1953. Dicetak dalam tulisan jawi dan diterbitkan di Singapura. Artikel-artikel yang terdapat di dalamnya ialah mengenai kebudayaan dan kesenian dalam dan luar Negara, pandangan pembaca, artis-artis tahun 1950-an, synopsis filem, pelbagai jenis iklan dan kepelbagaian pakaian tahun 50-an.
32. Koleksi Majalah Sinaran 1950 Koleksi majalah ini mengandungi 15 keluaran kesemuanya dan telah dijilid. Terdapat 2 keluaran dalam tulisan rumi manakala yang lainnya dalam tulisan jawi. Majalah ini diterbitkan setiap minggu di Singapura. Antara artikel yang terdapat di dalamnya ialah mengenai perang dingin, ruangan politik, hubungan antarabangsa, semangat jatidiri juga mengenai kehidupan, agama dan ekonomi.
33. Koleksi Majalah Suara Merdeka 1957 Koleksi majalah ini berjumlah 7 keluaran kesemuanya (April-Okt. 1957) dan telah dijilid . Artikel-artikel yang terdapat di dalamnya ialah mengenai Mesy. Agong UMNO Singapura, kolonialisma & sosialisma, kerajaan dan buruh,wakil Malaya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, soal pengangguran, kemerdekaan, pemimpin luar Negara juga mengenai Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang pertama.
34. Koleksi Risalah Koleksi risalah ini telah dijilid dan mengandungi 5 risalah dalam tulisan jawi dicetak diantara tahun 1957-1958 iaitu mengenai perkara-perkara berikut: (i) Panduan Mesyuarat-1958 (ii) Akhlak-1957 (iii) Budi (iv) Adat Istiadat Raja-Raja Melayu-1958 (v) Adat Istiadat Di Raja Brunei-1958.
35. Kumpulan Risalah Kumpulan risalah ini adalah dalam tulisan jawi dan mengandungi risalah-risalah berikut: (i) Rialist 1950, artikel mengenai pemenang hadiah Pullitzer iaitu Robert Frost (ii) Ciptaan Angkatan Sasterawan 50-1950 mengandungi cerita-cerita pendek dan puisi (iii) Melati 1950 - majalah mengenai wanita, pendidikan dan gambar-gambar pelajar tahun 1950-an di Mesir (iv) Bingkisan Hari Raya 1951 - artikel dan cerpen mengenai Hari Raya (v) 3 Tahun akan Datang 1951 - merupakan sandiwara oleh Badan Pembantu Sekolah-sekolah Rakyat Singapura (vi) Bintang Raya 1 & 2 [1953] yang menceritakan mengenai riwayat hidup P. Ramlee dan seniwati Mariam.
36. Koleksi Majalah Perkawalan Koleksi majalah ini berjumlah 5 keluaran kesemuanya (Jan. 1952, April 1952, Julai 1953, Jan. 1954 dan Jun 1954).Majalah ini diterbitkan oleh Jawatankuasa Pasukan Kawalan dibawah tadbir Welfare Police Singapore. Artikel-artikel yang terdapat didalamnya ialah berkaitan rencana mengenai pasukan kawalan keselamatan di Singapura dan Regimen Askar Melayu, tempat-tempat kawalan bertugas pasukan polis dan gambar-gambar polis di Singapura, pakaian seragam polis wanita dan lelaki tahun 1951 dan polis pertahanan Selat Johor.
37. Koleksi Majalah (Pelbagai tajuk) Koleksi majalah ini mengandungi 370 keluaran meliputi pelbagai majalah seperti Berita Filem (1960-1965), Majalah Filem (1960-1961), Utusan Qiblat (1970-1974), Film & Sport (1953-1954), Mastika (1954-1994), Qalam 1956-1968), Angkatan Baru (1963-1965), Pembina, Suasana Bintang Filem (1963-1964), Fesyen (1954-1965) dan maju (1952-1955).
38. Mikrofilem Akhbar (i) Utusan Malaysia - Mikrofilem ini adalah dari tahun 1974, 1980-2005 dan jumlah keseluruhan ialah 454 torak.
(ii) Utusan Melayu - Mikrofilem ini adalah dari tahun 1973-1989 dan berjumlah 125 torak.
(iii) Utusan Zaman - Mikrofilem ini adalah dari tahun 1973-1996 dan berjumlah 28 torak.
39. Majalah Free World-Volume II No. 3 Majalah ini (1 naskah) diterbitkan oleh Free Asia Press Manila (1953) dan mengandungi artikel dan gambar-gambar mengenai Southeast Asia Patrol Camp (Bouscout and Girl Guides) di Kuala Lumpur. Juga mengandungi gambar Yang di-Pertuan Agong Pertama.
40. Malay Pantuns Buku ini mengandungi pantun yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh A.W. Hamilton. Ia dicetak pada tahun 1944 di Australia dan mempunyai 137 halaman.
41. Lencana Merdeka Mengandungi 3 lencana, dua daripadanya bertarikh 31 Ogos 1957 sementara yang satu bertarikh 31 Ogos 1963.
42. Suratkhabar Penang Shimbun Merupakan 2 helaian akhbar (saiz besar) bertarikh 6 Januari 2604 (1944) dan 31 Mac 2604 (1944). Juga 4 helaian akhbar (ukuran kecil) masing-masing bertarikh tahun Jepun 2604 dan 2605 (24 Okt, 7 Nov, 15 Mac dan 22 Mac). Mengandungi artikel mengenai perkembangan luar Negara pada tahun 40an.
43. The Battle For Merger Buku ini mengandungi 12 temubual Radio Singapura dengan Lee Kuan Yew di antara 13 September hingga 9 Oktober 1961. Temubual ini adalah mengenai kegiatan komunisme yang kian merebak juga usaha-usaha penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
44. The War Of The Running Dogs Buku ini ditulis oleh Noel Barber (bekas tentera British) dan menceritakan mengenai Zaman Darurat dari tahun 1948-1960 dan bagaimana kegiatan komunis ditangani oleh kerajaan, polis, tentera dan orang awam. Juga memuatkan gambar-gambar pegawai-pegawai British seperti Sir Robert Thompson (Malayan Civil Service), Sir Gerald Templer, Sir Henry Gurney dll.
45. The Jungle Is Neutral Buku ini menceritakan pengalaman Kolonel F. Spencer Chapman, bekas tentera British di hutan Malaya semasa melawan Jepun dan pengganas. Mengandungi gambar-gambar mengenai Sungai Singapura, kampong-kampung Melayu pada masa itu, tentera MPAJA, sawah padi di daerah Rembau juga peta Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

KOLEKSI SETERUSNYA >>> 1 | 2 | 3 | 4

Tarikh Kemaskini :