Pengumuman!

Anda berada di sini : Koleksi Pembelian Rekod Malaysia 2008 / Rekod Dalam Negeri 2008

REKOD DALAM NEGERI 2008


Bil Bahan           Deskripsi
16. Majalah INTISARI Majalah ini diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Sosiologi Malaysia (1963) dan mengandungi artikel mengenai sosial dan kebudayaan. Mengandungi 7 keluaran, setiap satu mempunyai 60 halaman.
17. Majalah PELITA Majalah ini diterbitkan setiap 3 bulan oleh ESSO dan mengandungi artikel mengenai seni, kebudayaan, ekonomi juga isu semasa. Juga mengandungi sejarah syarikat cari gali minyak. Kesemuanya berjumlah 24 keluaran dari tahun 1964 hingga 1972.
18. A Short History Of The Educational Policy Of The Straits Settlements (1940) With Recommendations For A New System Based On Vernacular Buku ini mengandungi sejarah pendidikan daripada tahun 1800-1925 bermula dari zaman Straits Settlements, penubuhan sekolah rendah dan menengah, sekolah vokasional, penubuhan universiti dan latihan untuk guru-guru dan cadangan untuk memperbaiki sistem pendidikan sedia ada. Buku ini dicetak pada tahun 1947, mempunyai 165 halaman dan berusia 61 tahun.
19. The Xaverian Merupakan majalah Sekolah St. Xavier Pulau Pinang meliputi 4 keluaran iaitu Victory issue 1959-1960, 1962-1963, 1963-1964 dan 1965-1966.
20. Majalah Malaya / Malaysia In History Mengandungi artikel mengenai tempat bersejarah dan gambar-gambar bersejarah terbitan Persatuan Sejarah Malaya. Kesemuanya 11 keluaran dari tahun 1959-1983.
21. Journal Of The Federated Malay States Museums – Jun 1929 Jurnal ini mengandungi artikel mengenai pertukangan (emas, perak), ukiran dan pembuatan tembikar. Jurnal ini dicetak pada tahun 1929, mempunyai 196 m.s. dan masih dalam keadaan baik.
22. Federated Malay States Railway 1913 Penang To Singapore (24 hrs) Singapore To Penang Mengandungi jadual perjalanan keretapi, harga tambang kenderaan, maklumat mengenai pembukaan stesen, hotel terdekat dengan stesen juga gambar-gambar sepanjang perjalanan keretapi, peta Kuala Lumpur, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Diterbitkan pada tahun 1913, mempunyai 75 halaman dan berusia 95 tahun.
23. Perjanjian Jual Beli Tanah Bertarikh 8.4.1919 Dokumen ini diperolehi kerana En. Hafiz Ghulam Sarwar merupakan ‘The First Muslim Registrar Of The High Court Of Penang’. Dokumen ini merupakan contoh jenis indenture pada zaman tersebut. Memberi maklumat mengenai pergerakan dan penjualan tanah di Pulau Pinang. Dokumen ini melibatkan penjualan tanah di Malacca Street Northeast District of Penang dan berusia 89 tahun.
24. Suratkhabar Filem dan Sport Suratkhabar ini adalah dalam tulisan jawi, mengandungi 16 muka surat dan diterbitkan di Singapura. Artikel yang terdapat di dalamnya ialah mengenai filem dan hiburan dari dalam dan luar negera.Terdapat dalam 2 keluaran iaitu no. 202 bertarikh 11 September 1952 dan no. 222 bertarikh 29 januari 1957.
25. Risalah Setem Pos Kenang-Kenangan Mengandungi 12 set dalam dwi bahasa (BM & BI) untuk setiap peristiwa bersejarah. Setiap setem pos ini memberi butir-butir lengkap berkenaan setem tersebut seperti ukuran, rekabentuk dan warna serta pelukis.
26. Fifty Years Of Medical Education In Malaya 1905-1955 Majalah ini merupakan keluaran khas 50 tahun yang mencatatkan evolusi pendidikan perubatan mulai dari Straits Settlements FMS Medical School kepada King Edward VII College of Medicine ke Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Juga terdapat nama (Tun) Mahathir b. Mohd. Iskander dalam senarai graduan perubatan tahun 1953.
27. Studies In Brown Humanity – Hugh Clifford Penulis menceritakan pengalaman beliau bertugas di Semenanjung Malaya, memberi gambaran mengenai keadaan sosio-ekonomi, kebudayaan, kepercayaan dan pemikiran masyarakat pada zaman tersebut. Dicetak pada tahun 1927, mempunyai 264 halaman dan berusia 81 tahun.
28. Journal Straits Branch Royal Asiatic Society (March 1909) Jurnal ini diterbitkan di Singapura pada tahun 1909 dan mengandungi artikel mengenai sejarah Santubung, Pelabuhan Melaka, Kaum Dayak di Sarawak dan cerita penglipur lara seperti Musang Berjanggut dan Awang Sulong Merah Muda.
29. Tin Mining In Larut Buku ini memberi maklumat mengenai sejarah perlombongan bijih di Larut, Perak mulai 1855, keadaan geologi dan kawasan-kawasan dimana bijih timah diperolehi juga mengandungi peta negeri Perak.
30. Map Of The Federated Malay States Railway 1924 Peta ini menunjukkan laluan keretapi FMS pada tahun 1924. Peta ini berusia 84 tahun dan masih dalam keadaan baik.

KOLEKSI SETERUSNYA >>> 1 | 2 | 3

Tarikh Kemaskini :