Buku Daftar Pelajar-Pelajar Malaysia Di
India Dari tahun 1948-1988
Buku Daftar ini (bertulisan tangan
rumi) dan mengandungi senarai nama para pelajar Malaya/Malaysia
yang belajar di India bermula dari tahun 1948-1988 yang
bernaung di bawah Persatuan Pelajar Melayu Malaya India
– PPMMI (50 tahun). Terdapat juga maklumat mengenai
jurusan dan pembiayaan sama ada persendirian atau biasiswa
kerajaan. Maklumat yang terdapat dalam buku daftar adalah
seperti berikut:
- Nama pelajar Malaya/Malaysia
- Nama Bapa/Penjaga
- Alamat pelajar di Malaya/Malaysia
- Tarikh sampai di India
- Alamat tinggal di India
- Nama pusat pengajian di India dan alamat
- Jurusan/Bidang Pengajian
- Tanggungan perbelanjaan/biasiswa dll
Antara pelajar-pelajar Malaysia yang terdapat dalam
buku daftar ini ialah: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz
Nik Mat-Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj.
Ishak Baharom-bekas Mufti Selangor, En Abdul Aziz @
Jamaludin Mohd Tahir-bekas Konsul Malaysia di Arab Saudi,
Allahyarham YB Mawardi Ahmad (cucu Tok Kenali)-bekas
ADUN Kelantan dan Prof. Abdul Hayei Abd. Shukor-Pensyarah
Pengajian Islam.
2.
Dokumen Mengenai Kebenaran Mengajar Agama
Haji Ahmad Ziadah bin Haji Othman
Mengandungi 5 keping dokumen seperti
berikut:
i. Dokumen bercetak bertarikh 8 Mei
1922, mempunyai cop Sultan Selangor memberi kebenaran
mengajar agama di Mukim Ulu Langat Selangor. ii. Dokumen bercetak dari Pejabat Pelajaran
Agama Selangor bertarikh 5 Disember 1923 mengenai kebenaran
mengajar agama di Mukim Ulu Selangor. iii. Dokumen tulisan tangan (jawi)
mempunyai cop mohor bertarikh 7 September 1922 dari
Dato’ Kelana Petra Sungai Ujong untuk mengajar agama
di Mukim Mantin. iv. Dokumen tulisan jawi dengan cop
mohor memberi kebenaran dari Sultan Perak untuk mengajar
agama di Negeri Perak. v. Surat tulisan tangan (jawi) bertarikh
20 Jun 1938, kebenaran untuk mengajar agama di negeri
Perak. Terdapat juga di muka surat sebelah mengenai
pembatalan arahan mengajar.
3.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
Koleksi edisi khas ini mempunyai
12 cakera padat yang mengandungi profil, keratan akhbar,
teks ucapan penuh, gambar dan dokumentari selama 30
minit mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4.
Mengandungi 100,000 berita dari tahun 1968 hingga 2005
dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
4.
In Court And Kampong: Being Tales And Sketches
Of Native Life In The Malay Peninsula
– Hugh Clifford
Buku ini adalah sumber primari
yang mencatatkan pengalaman penulis (Hugh Clifford)
mengenai kehidupan beliau sebagai Residen British di
Tanah Melayu serta kehidupan, suasana dan aktiviti harian
orang Melayu di Pantai Timur sekitar tahun 1890an. Buku
ini dicetak pada tahun 1927, mempunyai 255 halaman dan
masih dalam keadaan baik.
5.
A Free Lance Of Today
– Hugh Clifford
Buku ini memaparkan catatan ekspedisi
seorang Pegawai British bernama Maurice Ciurzon yang
memberi gambaran mengenai keadaan sosio-politik di Tanah
Melayu iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang (Straits
Settlements) serta Kedah serta peristiwa melibatkan
orang-orang Aceh di sekitar tahun 1890an. Catatan ini
dibukukan dan diterbitkan oleh Hugh Clifford. Buku ini
dicetak pada tahun 1928, merupakan cetakan ke 2 dan
mempunyai 310 halaman.
6.
Bush-Whacking And Other Asiatic Tales And
Memories
– Hugh Clifford
Buku ini mencatatkan pengalaman
penulis (Hugh Clifford) semasa berkhidmat sebagai Residen
British di Malaya. Kandungannya ialah peristiwa rusuhan
di Pahang melibatkan British, Melayu, Sikh dan Cina
di zaman Mat Kilau. Juga terdapat lawatan Sultan Idris
(Sultan Perak) ke London (1920) dan peristiwa benar
melibatkan Puteri Wan Beh, Albert Trevor serta seorang
putera dari Ceylon.
7.
The Magic Of Malaya
– Cuthbert Woodville Harrison
Buku ini mengandungi artikel mengenai
Kota Melaka yang diasaskan pada tahun 1377 Masehi dan
serangan ke atas Kota Melaka oleh Portugis dan Belanda
serta sejarah kota tersebut selepas diambil oleh British.
Buku ini dicetak pada tahun 1916 di London dan mempunyai
237 halaman.
8.
Malay Adventures – J.S. Phillips
Buku ini mengisahkan pengalaman
seorang Pegawai British yang memberi gambaran aspek
kehidupan sosio ekonomi di Tanah Melayu termasuk permainan
kriket, penanaman getah dan mengenai orang asli pada
masa tersebut. Buku ini merupakan cetakan pertama tahun
1937 (New York) mempunyai 231 halaman dan berusia 71
tahun.
9.
The Merdeka Book
– Malaya’s Road To Nationhood
Buku ini adalah keluaran khas Straits
Times pada tahun 1957 sempena kemerdekaan. Mengandungi
maklumat dari zaman penjajahan British hingga Merdeka.
Terdapat gambar-gambar menarik mengenai Residen British,
Raja-Raja Melayu dan bangunan pada zaman tersebut.
10.
Britain & Malaya
– Sir Richard Winstedt
Buku ini memberi maklumat mengenai
Malaya di bawah pentadbiran Straits Settlements, pentadbiran
British 1786-1867 sehingga zaman pendudukan Jepun. Buku
ini memberi gambaran keadaan sosio-ekonomi Tanah Melayu
dalam setiap era. Juga mengandungi gambar-gambar menarik
pada zaman tersebut. Buku ini adalah buku asal cetakan
pertama pada tahun 1944, mempunyai 79 halaman dan berusia
64 tahun.
11.
Pesta Kebudayaan
– 10 Tahun Merdeka
Majalah ini diterbitkan pada tahun
1967 sempena 10 Tahun Kemerdekaan dan mengandungi maklumat
mengenai seni budaya seperti boria, wayang kulit, kuda
kepang, menorah, tarian Portugis, tarian zapin dan changgong.
Majalah ini bernilai dari segi kebudayaan dan perkembangan
budaya Melayu.
12.
Majalah Pemimpin
Majalah ini mengandungi artikel
mengenai kebudayaan, motivasi, kursus, peluang pekerjaan
dan kegiatan belia di seluruh Malaysia. Majalah ini
adalah dalam 4 keluaran iaitu Ogos 1968, Julai 1969,
Ogos 1969 dan September 1969.
13.
Pantun Melayu
– R.J. Wilkinson & R.O. Winstedt
Pantun yang terdapat dalam buku
ini dikumpul oleh penulis dan dibahagi kepada tajuk-tajuk
tertentu seperti cinta, cemburu, mengenai nasib seseorang
dan lain-lain.
14.
The Straits Times Annual
Majalah ini mengandungi artikel-artikel
menarik mengenai berita semasa dalam dan luar Negara
yang dikumpul ketika itu. Diterbitkan setiap tahun dan
dicetak di Singapura pada awal penerbitannya. Antara
penulis artikel terawal ialah Malcolm Macdonald dan
Richard Winstedt. Majalah ini melengkapkan koleksi sedia
ada dan memberi gambaran keadaan sosio-ekonomi, budaya
dan politik pada zaman tersebut. Mempunyai 34 keluaran
lengkap mulai tahun 1951, 1955-1969, 1971, 1974-1978,
1980-1991.
15.
The Penang Free School Magazine
Terbitan ini merupakan majalah
tahunan Sekolah Penang Free untuk 2 keluaran iaitu tahun
1949 dan 1959.