Pengumuman!

Anda berada di sini : Rekod Dalam Negeri 2007

REKOD DALAM NEGERI 2007


Bil Bahan           Deskripsi
16. In Malay Forests Buku ini ditulis oleh George Maxwell, diterbitkan pada tahun 1907 dan mengandungi 311 muka surat. Ia menceritakan pengalaman penulis di hutan semenanjung Malaya serta binatang-binatang yang ditemui semasa pengembaraan beliau.
17. The G.C.V.O. Week Buku ini ditulis oleh Thomas Fox, editor akhbar Times Of Malaya, mengandungi 61 muka surat dan diterbitkan pada tahun 1914. Ia menceritakan mengenai perayaan yang diadakan sempena pengurniaan Bintang G.C.V.O. oleh King George V kepada Sultan Perak – Sultan Idris. Perayaan ini telah diadakan di Kuala Kangsar selama seminggu dari 21 September hingga 28 September 1913
18. The Law Reports Of The Federated Malay States – Volume 1 Mengandungi kes-kes di Selangor dan Negeri Sembilan meliputi undang-undang tempatan seperti Registration of Titles Enactments, Mining Enactments, Land Enactments, Labour Code, Contract Enactment, Civil and Criminal Procedure Codes. Juga kes-kes mengenai wasiat bagi orang-orang Cina dan orang-orang Islam. Laporan ini diterbitkan pada tahun 1922.
19. The Illustrated Dictionary Of Plain English, Malay & Chinese Languages Kamus ini merupakan kamus pertama diterbitkan menerangkan makna perkataan dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Bahasa Cina dan diterbitkan pada tahun 1918.
20. The Straits Settlements Law Reports Vol. 15 Laporan ini menyenaraikan kes-kes yang telah dibicarakan di Supreme Court Straits Settlements meliputi perkara-perkara mengenai adverse possession, clerical mistaka, constructive trustee, perceraian, kematian dan lain-lain. Vol. 15 diterbitkan pada tahun 1931 dan mengandungi 256 muka surat.
21. Malayan Trade Annual Buku ini memberi maklumat mengenai perdagangan dan perniagaan di Malaya meliputi tahun 1924. Jenis-jenis perniagaan yang dinyatakan ialah pertanian, mineral (bijih timah), industri (nenas, mancis, rotan, getah, kain), perkapalan, pelabuhan dan perhubungan (jalanraya, keretapi). Diterbitkan pada tahun 1925 dan mempunyai 123 halaman.
22. Federated Malay States Clerical Service List Senarai Perkhidmatan Kerani ini telah diterbitkan pada tahun 1926 dan mempunyai 143 halaman. Ia mengandungi nama-nama kerani mengikut kekananan seawal tahun 1894, senarai kerani kelas III yang telah lulus peperiksaan untuk kenaikan pangkat ke kelas II serta rekod perkhidmatan mereka.
23. The Federated Malay States Chamber of Mines Buku ini merupakan Laporan Tahunan 1925 bagi The Federated Malay States Chamber of Mines dan mengandungi Maklumat mengenai keahlian, Peraturan dan Undang-undang Kecil, Laporan Kewangan, Minit Mesyuarat Agung, statistik buruh dan bijih timah serta surat menyurat mengenai pengambilan tanah dan skim hidro-elektrik.
24. Hail Penang Buku ini menceritakan pengalaman George Bilainkin – editor suratkhabar sepanjang 30 tahun menetap di Pulau Pinang di kalangan orang Melayu, Cina, India, Inggeris dan bangsa-bangsa lain. Buku ini diterbitkan pada tahun 1932 dan mempunyai 242 halaman.
25. Musings of The J.S.M.R. Mostly Malayan Buku ini menceritakan pengalaman J.S.M. Rennie, seorang akauntan semasa bertugas di Johor dan Singapura. Buku ini diterbitkan pada tahun 1933 dan mempunyai 193 muka surat.
26. Kalender 1957 Kalender tahun 1957 ini mengandungi tarikh Hijrah tahun 1372 dan 1377 keseluruhannya adalah dalam tulisan jawi dan mempunyai 12 helaian.
27. Dokumen Perwakilan Kuasa (Power of Attorney) Bertarikh 10.6.1925 Surat perwakilan kuasa oleh Tengku Burhanuddinbin bin Tengku Antah (Tunku Besar Negeri Sembilan) melantik peguam untuk hal-hal berkaitan pajakan tanah lombong di Negeri Sembilan.
28. Koleksi Majalah Belia Koleksi ini mengandungi 42 majalah keluaran tahun 1955 serta 1956 yang lengkap. Majalah ini merupakan Majalah Belia Mingguan Kebangsaan Pemuda Pemudi Melayu di Malaya dan diterbitkan oleh RM Yusof dan dicetak oleh Al-Ahmadiah Press, Singapura. Majalah ini adalah dalam tulisan jawi dan artikel-artikel yang tedapat di dalamnya ialah mengenai bahasa, Islam, pendidikan kebangsaan, perjuangan, kebudayaan Melayu, keruntuhan moral, rombongan Merdeka, pembukaan Kolej Islam dan gambar-gambar kegiatan belia seluruh tanah air. Koleksi majalah ini telah siap dijilid.
29. Koleksi Majalah Mutiara Koleksi ini meliputi tahun 1950, 1951, 1957 dan 1958. Ia dicetak di Singapura dalam tulisan jawi dan berukuran 18 cm x 25 cm. Mengandungi senikata lagu, senarai pelakon dan bintang filem tahun 50-an, artikel dan gambar-gambar mengenai tokoh-tokoh politik dan UMNO serta cerpen. Koleksi majalah ini telah dijilid.
30. Koleksi 3 Majalah Koleksi majalah ini engandungi 3 majalah iaitu sandiwara radio Sukmawati-cerita Saputangan Berdarah (Jun 1952), Majalah Sahabat Pena (Nov. 1952) dan Majalah Nirmala (Mei 1953).

KOLEKSI SETERUSNYA >>> 1 | 2 | 3 | 4

Tarikh Kemaskini :