Pengumuman!

Anda berada di sini : Rekod Dalam Negeri 2007

REKOD DALAM NEGERI 2007


Bil Bahan           Deskripsi
1. Koleksi Majalah 'FASHION' Merupakan majalah mingguan Melayu yang pertama diterbitkan. Ianya bertulisan jawi dan mengandungi artikel mengenai fesyen, budaya dan seni pakaian Melayu. Koleksi majalah ini meliputi tahun 1953 hingga 1963 sebanyak 96 keluaran.
2. Koleksi Majalah Berita Filem Majalah ini diterbitkan sekitar tahun 1960-an di dalam Bahasa Melayu. Mengandungi artikel-artikel mengenai filem-filem yang dikeluarkan pada masa tersebut dan artikel-artikel mengenai pelakon filem yang terlibat.
3. Koleksi Majalah Filem Majalah ini juga diterbitkan pada tahun 1960-an oleh Jaffar Abdullah di Singapura. Mengandungi artikel-artikel bergambar mengenai filem dan pelakon juga sinopsis filem-filem yang dikeluarkan.
4. Koleksi Majalah Al-Hikmah Koleksi majalah ini merupakan keluaran tahun 1936 hingga 1937 dan koleksi lengkap dari Bil. 81 hingga Bil. 132. Mengandungi artikel mengenai kebudayaan, keagamaan, perjuangan dan lain-lain isu semasa. Majalah ini adalah dalam tulisan jawi dan diselitkan dengan gambar-gambar yang menarik.
5. Koleksi Gambar Lama Koleksi gambar adalah sebanyak 14 keping dalam pelbagai saiz. Gambar-gambar bangunan dan pemandangan ini diambil sekitar Kuala Lumpur, Perak, Port Dickson dan Pelabuhan Klang pada tahun 1916 hingga 1917 dan lengkap dengan caption.
6. Koleksi Poskad Lama Koleksi poskad terdiri dari 21 keping poskad gambar bangunan, pemandangan dan cara hidup sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura pada tahun 1910-an hingga 1920-an. Ada diantara poskad ini telah digunakan dan bersetem.
7. The New Atlas and Commercial Gazzetter Of The Straits Settlement and Federated Malay States Atlas ini diterbitkan pada tahun 1917 oleh ‘The Far Eastern Gepgraphic Establishment’ di dalam Bahasa Inggeris. Ia mengandungi peta-peta berskala untuk Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Terkandung dalam 6 bahagian dan setebal 79 muka surat.
8. Report Of The Federation OfMalaya Constitutional Commission Buku ini diterbitkan pada tahun 1957 di dalam Bahasa Inggeris. Ia adalah mengenai perlembagaan-perlembagaan yang diamalkan di Malaya yang terkandung di dalam 12 bab.
9. The Malayan Civil List 1927 Mengandungi maklumat mengenai kakitangan awam yang berkhidmat dalam bidang kepolisan, perubatan, pendidikan dan lain-lain. Juga mengandungi maklumat mengenai lantikan profesional pegawai-pegawai Straits Settlements dan Federated Malay States.
10. An Anecdotal History Of Old Times In Singapore Buku ini mengandungi artikel mengenai Singapura di antara tahun 1819-1867. Artikel-artikel dalam buku ini pernah diterbitkan oleh Singapore Free Press yang merupakan satu-satunya akhbar di Singapura ketika itu. Buku ini diterbitkan pada tahun 1902 dalam Bahasa Inggeris, mempunyai 406 muka surat dan berukuran 16 cm x 25 cm.
11. British Malaya 1824 - 1867 Buku ini mengandungi artikel mengenai sejarah Straits Settlements dari tahun 1786-1824 (Pulau Pinang, Singapura, Anglo-Dutch Treaty dan sistem pentadbiran di zaman tersebut), Perang Naning 1831-1832, Polisi Syarikat Hindia Timur dan mengenai Rajah Brooke di Sarawak. Buku ini merupakan Journal Of The Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol. II dan diterbitkan pada tahun 1925, mempunyai 338 muka surat.
12. Journal Of The Straits Branch Of The Royal Asiatic Society (1886) Journal ini mengandungi 4 artikel iaitu mengenai Bibliografi Siam, Kisah-kisah Sri Rama (dalam tulisan jawi), Sejarah Portugis di Melaka serta mengenai Kerajaan Siak di Sumatera. Diterbitkan pada tahun 1886, mempunyai 160 muka surat dan bersaiz 15 cm x 21 cm.
13. Journal Of The Straits Branch Of The Royal Asiatic Society (1891) Mengandungi maklumat mengenai AJK Royal Asiatic Society bagi tahun 1891, prosiding Mesyuarat Agung Tahunan dan Laporan Tahunan Royal Asiatic Society bagi tahun 1890. Juga mengandungi artikel mengenai Raja Haji (Syair Raja Haji), Undang-undang Mengenai Pengabdian, Undang-undang Melayu di Negeri Sembilan, Pemerintahan Keluarga Diraja Selangor dan bibliografi mengenai Malaya (1888-1890). Journal ini diterbitkan pada tahun 1890 dan mengandungi 148 muka surat.
14. The Wai Seng Lottery Mengandungi artikel mengenai sejarah Wai Seng Lottery yang diasaskan di Canton, China. Buku ini ditulis oleh G.T.Hare, penjawat awam semasa era Straits Settlements dan menerangkan sejarah loteri ini yang mula diperkenalkan di Singapura kemudiannya di Johor. Buku ini diterbitkan pada tahun 1895 dan mengandungi 123 muka surat.
15. Journal Of The Straits Branch Of The Royal Asiatic Society (1906) Journal ini diterbitkan pada tahun 1906 di Singapura dan mengandungi artikel tulisan jawi mengenai Hikayat Shamsul Bahrain. Diterbitkan pada tahun 1906 dan mempunyai 98 muka surat.

KOLEKSI SETERUSNYA >>> 1 | 2 | 3 | 4

Tarikh Kemaskini :