Anda berada di sini : Memorial / Pustaka Peringatan P.Ramlee
Pustaka Peringatan P.Ramlee
22
MAC 1929- 29 MEI 1973
Seniman Agung P.Ramlee sememangnya sinonim dengan perkembangan seni muzik dan perfileman tanahair dalam era 50an. Malah filem-filem dan lagu-lagu beliau masih lagi diminati ramai sehingga kini. Menyedari keistimewaan insan berjiwa besar ini, Arkib Negara Malaysia telah mengubahsuai bekas rumah kediaman beliau untuk dijadikan Pustaka Peingatan P.Ramlee dan telah dibuka dengan rasminya pada 22 Mac 1986. Pustaka telah diubahsuai untuk kali ke dua pada tahun 2002.Objektif penubuhannya ialah untuk mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham P.Ramlee terhadap dunia seni tahan air serta menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam aspek-aspek seni dan budaya Negara. Bahan-bahan yang dipamerkan adalah berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi memudahkan pelawat mengenali Allahyarham P.Ramlee secara peribadi.
Antara tema-tema tersebut ialah Sepintas Lalu, Biografi, Kenali
P.Ramlee, Era Kebangkitan, Irama dan Lagu, Dunia Filem, Anugerah,
Sepanjang Riwayatku, Al-Fatihah dan P.Ramlee Yang Ku Kenali.
Dipamerkan juga suasana penggambaran filem Penarik Beca bersama
alatan asal membuat filem. Diorama penggambaran filem Pendekar
Bujang Lapok juga dibuat di mana terdapat replika pelakon
seakan-akan rupa asal. Selain dari itu, terdapat juga baju-baju
Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarham Saloma yang dipamerkan
untuk tatapan pelawat.
BAHAN
Wajah ibubapa kesayangan P.Ramlee, Tueku Nyak Puteh dan Che Mah Bte Hussien: Bahan Pameran
Kad Pengenalan milik P.Ramlee: Bahan Pameran
Sijil Upah Haji P.Ramlee: Bahan Pameran
Waktu Lawatan
Hari
Masa
Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tgh
3.00 petang - 5.30 petang
Sabtu & Ahad
10.00 pagi - 5.30 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti
sekolah)
Tutup
Masuk
adalah PERCUMA.
No.
22, Jalan Dedap,
Taman P.Ramlee, Setapak,
53100 KUALA LUMPUR.
No.
Tel : 03-40231131
No. Faks : 03-40248632
TAHUKAH ANDA?
Pada tahun 1948, P.Ramlee telah ditawarkan sebagai penyanyi dan pelakon oleh B.S Rajhans, seorang pengarah filem dari Shaw Brothers, Singapura. Filem lakonan pertama ialah ‘Chinta’ di mana beliau menjadi penyanyi latar dan memegang peranan sebagai penjahat.