Pengumuman!

Anda berada di sini : Jabatan Kami / Perutusan Ketua Pengarah

Perutusan Ketua Pengarah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dalam meniti kematangan usia, Arkib Negara Malaysia tetap berazam untuk memasyarakatkan khazanah warisan negara kepada orang ramai, seiring perubahan masa dan kehendak masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Portal ini menjadi salah satu wadah untuk berkongsi maklumat sejarah negara yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia bagi tatapan orang ramai. Maklumat-maklumat yang berdasarkan sumber yang asal akan menentukan supaya sejarah negara tidak diselewengkan di atas kepentingan pihak-pihak tertentu.

Arkib Negara Malaysia akan mengambil kira situasi semasa dengan mengumpul serta menyebarkan maklumat penting sejarah negara ke arah menyahut saranan pembinaan negara bangsa dan juga merealisasikan hasrat Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Kandungan portal ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa agar menjadi portal bermaklumat yang dapat merangsang minda kita semua. Diharap perkongsian maklumat secara maya ini akan dapat melahirkan masyarakat yang tidak hanya berilmu tetapi juga celik mengenai sejarah negaranya. Sejarah perlu dihayati bersama agar rakyat Malaysia dapat bersatu padu di bawah panji 1Malaysia.

Terima kasih saya ucapkan kerana mengunjungi portal ini. Kami mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan anda bagi menambahbaik perkhidmatan kami ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Selamat meneroka khazanah warisan negara.

Y. Bhg. Dato' Haji Sidek Bin Haji Jamil
Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia.

Tarikh Kemaskini :