Pengumuman!

Anda berada di sini : Perkhidmatan / Kemudahan Penyelidikan / Perpustakaan

PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Arkib Negara Malaysia memberi perkhidmatan sokongan kepada Cawangan Akses. Perkhidmatan ini diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan rujukan serta pinjaman kepada pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia dan juga kepada para penyelidik.


WAKTU DIBUKA

Hari
Masa
Isnin dan Jumaat
9.00 pagi - 4.00 petang
Selasa, Rabu dan Khamis
9.00 pagi - 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

1. Buku
Ini merupakan koleksi terbesar. Perpustakaan kini mempunyai sejumlah 12,000 naskah buku. Kebanyakkannya adalah mengenai pengurusan rekod dan arkib; sejarah dan kebudayaan Malaysia; dan buku-buku rujukan am seperti kamus, istilah, ensiklopedia, buku rasmi tahunan, bibliografi, catalog dan buku panduan.

2. Terbitan Bersiri
Koleksi ini merangkumi jurnal dan laporan tahunan dari dalam dan luar negeri. Perpustakaan Jabatan mempunyai koleksi jurnal mengenai arkib dan rekod yang boleh dikatakan terlengkap jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain. Koleksi jurnal juga tertumpu dalam bidang sejarah. Di antara jurnal-jurnal berkaitan dengan sejarah yang tersimpan di dalam Perpustakaan Jabatan ialah Journal of Straits Branch of the Royal Asiatic Society, Journal of the Indian Archipelago dan The Selangor Journal. Koleksi laporan tahunan dari institusi-institusi Arkib luar negeri disusun mengikut abjad nama negara. Koleksi ini ditempatkan di Sudut Arkib Antarabangsa.

3. Tesis/Latihan Ilmiah
Koleksi ini mengandungi tesis/latihan ilmiah di peringkat sarjana, sarjana muda, kertas-kertas kerja dan projek, esei dan kertas-kertas kajian ringkas yang disediakan sebagai hasil daripada penyelidikan di Arkib Negara Malaysia.

4. Risalah
Beberapa jenis risalah yang diterima oleh Perpustakaan diletakkan di Sudut Arkib Antarabangsa. Risalah-risalah ini adalah berkaitan dengan perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti di institusi Arkib luar negeri.

5. Penerbitan Arkib Negara Malaysia
Koleksi ini mengandungi bahan-bahan yang diterbitkan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia. Ia merangkumi laporan tahunan, bulletin, buku Hari Ini Dalam Sejarah, buku panduan, panducari dan juga risalah-risalah.

SUSUNAN KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Bahan-bahan monograf disusun di atas rak mengikut nombor panggilan berdasarkan kepada sistem Pengkelasan Dewey Decimal. Jurnal-jurnal disusun di bawah nama-nama judul mengikut susunan abjad. Tesis/Latihan Ilmiah disusun di bawah nama pengarang mengikut susunan abjad.

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

1. Keahlian
Perpustakaan Jabatan adalah terbuka kepada :

  • Semua pegawai/kakitangan Jabatan Arkib Negara termasuk Cawangan-cawangan Negeri
  • Semua penyelidik yang telah berdaftar di kaunter pendaftaran penyelidik di Cawangan Akses yang terletak di Tingkat 1, Menara Warisan.

2. Pinjaman dan Rujukan

  • Semua pegawai dan kakitangan Jabatan Arkib Negara Malaysia termasuk Cawangan-cawangan Negeri layak meminjam bahan-bahan perpustakaan.
  • Para penyelidik yang telah berdaftar boleh membuat rujukan sahaja. Pinjaman tidak dibenarkan.
  • Semua pegawai dan kakitangan Jabatan Arkib Negara Malaysia termasuk Cawangan-cawangan Negeri layak meminjam bahan-bahan perpustakaan.

3. Pinjaman Antara Perpustakaan
Bahan bacaan yang tidak terdapat di Perpustakaan Jabatan boleh juga didapati daripada Jabatan/Institusi lain melalui skim Sistem Pembekalan Penerbitan. Perkhidmatan ini walaubagaimana pun hanya diberi khas untuk kakitangan Arkib Negara Malaysia.

4. Kemudahan Penyalinan
Perkhidmatan salinan foto boleh diuruskan di kaunter penyelidikan. Permohonan penyalinan bolehlah dibuat melalui borang-borang pesanan yang disediakan dan bayaran bagi setiap salinan hendaklah mengikut Peraturan-peraturan Arkib Negara (Fi) 2005. Segala peraturan penyalinan bahan perpustakaan adalah tertakluk kepada Akta Arkib Negara 2005 (Akta 629) dan Akta Hakcipta 1987 (Akta 332) dan Pindaannya 1997 (A994).

5. Kad Katalog
Kad Katalog merupakan kunci kepada koleksi yang tersimpan di dalam Perpustakaan Jabatan. Ia memberi maklumat lengkap mengenai sesuatu bahan beserta kedudukannya di atas rak. Perpustakaan Jabatan mempunyai Katalog-katalog berikut :

  • Pengarang
  • Judul
  • Perkara

PERPUSTAKAAN ONLINE

Perpustakaan menggunakan Sistem ILMU untuk pengkatalogan, capaian dan sirkulasi bagi bahan-bahan dalam koleksinya. Selain dari itu, pengguna juga boleh membuat carian secara online bagi bahan perpustakaan melalui Web-OPAC. Carian boleh dibuat berdasarkan kepada :

  • Pengarang
  • Judul
  • Perkara
  • Nombor Kelas

Sila layari http://webopac.arkib.gov.my/

Tarikh Kemaskini :