Set poskad ini mengandungi
12 keping koleksi poskad berkaitan Negeri-Negeri Selat.
Set poskad ini dipilih khas dari koleksi poskad Arkib
Negara Malaysia dan National Archives of Singapore.
Tahun Diterbitkan : 2004
Harga :
RM10.00
POSKAD SARBICA
Poskad-poskad ini mengandungi gambar-gambar dari Negara-negara
SARBICA terdiri daripada Brunei, Cambodia, Indonesia,
Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan
Malaysia.
Tahun Diterbitkan : 2008
Harga :
RM10.00
Buku-Buku
Sinopsis
BAHAN-BAHAN
PILIHAN PAMERAN ARKIB WARISAN NEGARA
Buku ini mengandungi 245 bahan bersejarah yang terdapat
di Arkib Negara Malaysia bertarikh di antara tahun 1463
hingga 1977, terdiri daripada bahan-bahan mengenai beberapa
zaman dalam Sejarah Malaysia iaitu Zaman Kesultanan
Melaka hingga Pembentukan Malaysia
Tahun Diterbitkan : 1982
Harga :
RM25.00
PERKHIDMATAN
AWAM DI MALAYSIA: MENITI ZAMAN
Buku bergambar ini diterbitkan sebagai salah satu usaha
memberikan gambaran yang tersendiri tentang sejarah
dan perkembangan perkhidmatan awam di Malaysia. Terbitan
ini mengandungi gambar-gambar dokumen, tokoh, carta,
bangunan, kenderaan, kempen dan anugerah perkhidmatan
awam untuk rujukan bagi mereka yang ingin mengkaji sejarah
perkhidmatan awam di Malaysia.
Tahun Diterbitkan : 1995
Harga :
RM15.00
UCAPAN-UCAPAN DATO’
SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD 1981
Jika diteliti ucapan-ucapan Dato’ Seri Dr. Mahathir
Mohamad pada tahun1981, dapat dilihat bahawa beliau
amat mementingkan pembangunan negara dan mahu Malaysia
setanding dengan negara-negara maju. Ucapan beliau banyak
berkisar mengenai ekonomi, pembangunan sektor perindustrian,
penerapan nilai-nilai Islam dan keadaan politik negara.
Tahun Diterbitkan : 1986
Harga :
RM16.00
ARCHIVES EXCLUSIVE
HERITAGE
Buku Archives Exclusive Heritage merupakan terjemahan
daripada buku Arkib Warisan Eksklusif yang diterbitkan
pada tahun 2006. Buku ini merangkumkan bahan-bahan terpilih
daripada koleksi arkib. Maklumat bahan arkib yang terkandung
dalam buku ini adalah merupakan rekod-rekod awam, yang
mencakupi pelbagai bidang berkaitan perundangan, pentadbiran,
sejarah dan hak individu.
Tahun Diterbitkan : 2008
Harga :
RM130.00
A GLIMPSE OF
LIFE IN LONDON AND OF TIMES PAST
Manuskrip ini dihasilkan oleh Puan Sri Nurzan
Mohd. Wahie, isteri kepada Tan Sri Wan Sidek
bin W. A. Rahman, bekas Ketua Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
di London di bawah Projek Penulisan Sejarah Pentadbiran
Awam. Di bawah projek ini tokoh-tokoh pentadbir diundang
untuk menulis mengenai pentadbiran sektor awam sama
ada dari sudut pengalaman masing-masing atau pun sebagai
hasil kajian.
Tahun Diterbitkan : 2007
Harga :
RM45.00
PENTADBIRAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Buku ini merupakan sebuah karya yang mendokumentasikan
sejarah pentadbiran dan pemerintahan Kerajaan Melayu
sejak zaman Srivijaya sehingga zaman keagungan Kesultanan
Melayu Melaka. Antara kandungannya adalah Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Buku ini turut
dihiasi pelbagai ilustrasi, peta dan dan gambar yang
khusus berkenaan Melaka.
Tahun Diterbitkan : 2006
Harga :
RM50.00
PRINCE AMONG
MEN: RECOLLECTIONS DAN REFLECTIONS ON TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA
Buku ini menceritakan pengalaman dan ketokohan Tunku
Abdul Rahman Putra dari sudut pandangan kenalan dan
keluarga. Buku ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris
dan terdapat 60 artikel di dalamnya.
Tahun Diterbitkan : 2006
Harga :
RM140.00
CITRA MERDEKA
1957-2005
Buku Citra Merdeka 1957-2005 mengandungi 2 bab utama
iaitu: Perjuangan Ke Arah Kemerdekaan yang memaparkan
peristiwa dan tindakan serta pengorbanan pejuang-pejuang
dahulu, yang diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar dan Tunku
Abdul Rahman. Sejarah sambutan Hari Kemerdekaan Negara
pula dibahagikan kepada 5 segmen iaitu tiap-tiap satunya
mengikut era kepimpinan lima orang Perdana Menteri.
Tahun Diterbitkan : 2007
Harga :
RM95.00
JEJAK-JEJAK
PEMBANGUNAN 1957-2007
Buku ini mengandungi 12 bahagian utama. Setiap bahagian
memaparkan rancangan pembangunan negara yang dilaksanakan
menerusi program jangka panjang lima tahun bermula daripada
Draf Rancangan Pembangunan 1950-1955, Rancangan Malaya
Pertama 1956-1960, Rancangan Malaya Kedua 1971-1975,
Rancangan Malaysia Ketiga hingga Rancangan Malaysia
Kesembilan
Tahun Diterbitkan : 2007
Harga :
RM200.00
YANG MENURUT
PERINTAH
Buku ini diterbitkan di bawah Projek Penulisan Sejarah
Perkhidmatan Awam Malaysia yang mula diusahakan oleh
ANM pada tahun 1997. Buku ini ditulis dalam bentuk memoir
bagi memberi kesedaran kepada generasi akan datang mengenai
peranan perkhidmatan awam dalam pembangunan negara.
Tahun Diterbitkan : 2000
Harga :
RM25.00
SEPANJANG RIWAYATKU
Buku Sepanjang Riwayatku memaparkan sejarah hidup peribadi
seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. Judul buku ini diambil
sempena lagu ciptaan dan nyanyiannya. Buku bergambar
ini menampilkan gaya P.Ramlee dalam kehidupan peribadinya
seperti bersama keluarga, rakan, peminat, aktiviti-aktiviti
seni, hobi, penerimaan anugerah, penulisan, penerbitan
serta detik-detik kembalinya kerahmatullah.
Tahun Diterbitkan :2001
Harga :RM20.00
SENANDUNG WARISAN
Buku ini diterbitkan sebagai kesinambungan kepada Bengkel
Lagu-lagu P.Ramlee yang telah diadakan pada tahun 2003.
Buku ini mengandungi 220 senikata lagu dan dibahagikan
kepada 3 kategori iaitu lagu-lagu ciptaan Allahyarham
P.Ramlee yang dinyayikan oleh beliau sendiri, lagu-lagu
beliau yang didendangkan oleh penyanyi lain serta lagu-lagu
gubahan pencipta lain yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.
Buku ini diterbitkan dengan harapan lagu-lagu Allahyarham
P.Ramlee bukan sahaja kekal sebagai warisan sejarah
negara malah membuktikan betapa kreatifnya Allahyarham
dalam menghasilkan lagu-lagu yang bukan hanya mengalun
jiwa dan menusuk kalbu malahan masih diminati sehingga
kini.
Tahun Diterbitkan :2004
Harga :RM34.00
P.RAMLEE SENIMAN
AGUNG DUNIA MELAYU
Buku ini merupakan kombinasi 31 himpunan kertas kerja
yang telah dibentangkan dalam Simposium karya Seni Seniman
Agung Tan Sri P.Ramlee pada 11 hingga 13 Jun 2002 di
Hotel Palace of The Gorden Horses, Kuala Lumpur. Buku
ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan yang bermanfaat
kepada penyelidik dan orang awam yang ingin mengetahui
secara mendalam mengenai P.Ramlee