Pengumuman!

Anda berada di sini : Jabatan Kami / Pencapaian /

Pencapaian


Arkib Negara Malaysia telah memperolehi sijil pengiktirafan MS ISO 9002:1994 pada bulan Disember 2000 dimana skop perlaksanaannya ialah Perolehan dan Pemeliharaan Fail-fail Rasmi Kerajaan. Berdasarkan Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.2/2002 oleh MAMPU.

Arkib Negara Malaysia mula menaikkan taraf MS ISO 9002:1994 kepada MS ISO 9001:2000 pada bulan Jun 2003.

Dokumen MS ISO 9001:2000 Arkib Negara Malaysia telah diluluskan oleh SIRIM dan mula dilaksanakan di Arkib Negara Malaysia pada Januari 2004. SIRIM  telah menjalankan Audit Pematuhan pada 7 hingga 9 Julai 2004. Hasil dari Audit Pematuhan tersebut pihak SIRIM berpuashati dengan pelaksanaan Sistem Kualiti Arkib Negara Malaysia dan meluluskan permohonan  Arkib Negara Malaysia untuk mendapat  sijil pengiktirafan MS ISO 9001:2000.

Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti telah diberikan kepada Arkib Negara Malaysia pada 10 September 2004.Majlis penganugerahan Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti (MS ISO 9001) ini telah berlangsung pada 18 April 2005 semasa Majlis SIRIM-Industri 2005 di Hotel Hilton Kuala Lumpur, KL Sentral.

Dalam usaha menaiktaraf persijilan MS ISO tersebut, Arkib Negara Malaysia telah mendapatkan khidmat nasihat daripada INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara) untuk menyediakan dokumen dan membangunkan sistem kualiti berdasarkan standard MS ISO 9001:2000.

Tarikh Kemaskini :