PANDUAN PENGURUSAN (RaNCANGAN REKOD PENTING KERAJAAN)
Apa Itu Rekod
Penting Kerajaan
Rekod Penting Kerajaan adalah
rekod-rekod yang mengandungi maklumat yang sangat bernilai
bagi meneruskan peranan dan fungsi asas jentera Kerajaan serta
melindungi kepentingan Kerajaan dan hak-hak asasi individu.
Apakah Tujuan Rancangan Rekod
Penting Kerajaan
Rancangan Rekod Penting Kerajaan
mempunyai dua tujuan utama iaitu :
Mengenalpasti Rekod-rekod Penting
Kerajaan.
Menentukan rekod-rekod tersebut
sentiasa berada dalam keadaan selamat terutama semasa
kecemasan/bencana.
Apakah Jenis Kecemasan/Bencana
Yang Boleh Merosakkan Rekod
Kecemasan/bencana yang boleh
menyebabkan kerosakan kepada rekod-rekod adalah seperti
berikut :
Kekacauan dan peperangan
Kebakaran
Kecurian / kehilangan / kerosakan
Bencana Alam seperti banjir,
ribut, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya.
Apakah Cara-cara Memelihara Rekod
Penting Kerajaan
Cara-cara untuk memelihara
Rekod Penting Kerajaan adalah seperti berikut :
Menyimpan dan memelihara salinan
asal Rekod Penting Kerajaan di tempat yang selamat.
Membuat salinan keselamatan Rekod
Penting Kerajaan dalam bentuk mikrofilem, mikrofis dan
sebagainya.
Menyimpan
salinan-salinan keselamatan di tempat yang selamat.