Pemusnahan Rekod adalah proses
akhir dalam pengurusan rekod di mana rekod-rekod yang tidak
bernilai atau tidak boleh digunakan lagi dari segi pentadbiran,
penyelidikan dan perundangan diasingkan dan dimusnahkan
mengikut prosidur pemusnahan rekod yang telah ditetapkan.
Rekod-rekod yang tidak aktif
dan tidak diperlukan lagi serta tidak mempunyai nilai utama
(primary value) seperti nilai penyelidikan pentadbiran dan
perundangan.
Rekod-rekod yang rosak dan
tidak boleh digunakan lagi.
Rekod-rekod yang telah tamat
tempoh simpanan mengikut Jadual Pemisahan Rekod Jabatan dan
Jadual Pemisahan Rekod Awam yang telah dipersetujui oleh Arkib
Negara Malaysia dan Jabatan berkenaan.
Rekod-rekod kewangan seperti
buku akaun, resit, baucer lejer, jernal dan lain-lain lagi
menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9/1986 (Pindaan
kepada Arahan Perbendaharaan 150).
Keperluan Pemusnahan Rekod
Mengatasi masalah kesesakan
ruang pejabat.
Menjimatkan kos peralatan dan
ruang pejabat.
Menjimatkan masa dan tenaga
untuk mengesan rekod.
Mewujudkan sistem pengurusan
rekod yang sistematik, cekap dan berkesan.
Prosidur Pemusnahan Rekod
1. Pemusnahan Rekod Yang Mempunyai
Jadual Pemisahan
Memastikan hanya rekod-rekod
yang mempunyai Jadual Pemisahan dimusnahkan setelah tamat
tempoh simpanan yang ditetapkan.
Mengasingkan rekod-rekod yang
dicadang musnah dari rekod-rekod yang masih diperlukan untuk
rujukan.
Memastikan rekod-rekod yang
hendak dimusnahkan mempunyai nombor dan tajuk/perkara seperti
yang terdapat di dalam Jadual Pemisahan Rekod Jabatan, Jadual
Pemisahan Rekod Am atau borang-borang Inventori Rekod.
Memaklumkan mengenai jumlah
dan jenis rekod yang dimusnahkan kepada Arkib Negara Malaysia
dalam ukuran meter panjang/padu (ukuran bertimbun).
2. Pemusnahan Rekod yang tidak mempunyai Jadual Pemisahan
Menyenaraikan rekod-rekod yang
tidak aktif atau yang tidak digunakan lagi di dalam senarai
pemindahan rekod seperti di dalam Surat Pekeliling Am 23/1972.
Memajukan senarai pemindahan
ke Arkib Negara Malaysia untuk dibuat penilaian.
Mengasingkan rekod-rekod yang
dicadang simpan dan yang dicadangkan musnah oleh Arkib Negara
Malaysia.
Memindahkan rekod-rekod yang
dicadangkan simpan ke Arkib Negara Malaysia.
Memohon kebenaran pemusnahan
dari Arkib Negara Malaysia bagi rekod-rekod yang dicadang
musnah menurut Seksyen 25, Akta Arkib Negara Malaysia 2003.
Memaklumkan jumlah ukuran
rekod di dalam meter panjang/padu (ukuran bertimbun) kepada
Arkib Negara Malaysia bagi setiap kali pemusnahan dijalankan.
3. Pemusnahan Rekod-Rekod Kewangan
Memohon kebenaran daripada
Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Audit Negara menurut Surat
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9/1986 (Pindaan kepada Arahan
Perbendaharaan 150). Salinan permohonan hendaklah dimajukan
kepada Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia.
Memaklumkan jumlah ukuran
rekod di dalam meter panjang/padu (ukuran bertimbun) kepada
Arkib Negara Malaysia bagi setiap kali pemusnahan dijalankan.
Cara-cara Pemusnahan Rekod
Berdasarkan Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 22/1975.
Dibakar atau menggunakan mesin
perincih.
Berdasarkan Arahan Keselamatan
bagi rekod-rekod terperingkat.
Penalti Kerana Melanggar Akta
Arkib Negara Malaysia 2003
Pelanggaran peruntukan
seksyen 25 Akta Arkib Negara Malaysia akan didenda sebanyak
RM5,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali menurut
Seksyen 25(5) Akta Arkib Negara Malaysia 2003.