Anda berada di sini : Memorial / Memorial Tun Abdul Razak
MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK
11
MAC 1922 – 14 JANUARI 1976
Memorial Tun Abdul Razak, Jalan Perdana, Kuala Lumpur terletak berhampiran dengan Masjid Negara, Planetarium Negara, Muzium Negara dan Taman Burung. Bangunan ini berasal daripada Bangunan Sri Taman iaitu kediaman rasmi Tun Abdul Razak dari tahun 1962 sehingga beliau meninggal dunia pada bulan Januari 1976. Bangunan ini telah dijadikan Memorial Tun Abdul Razak bagi memperingati jasa dan sumbangan beliau terhadap bangsa dan negara.
Beliau juga merupakan pengasas kepada pembentukan Barisan Nasional pada tahun 1974 yang menyatukan tenaga parti perikatan iaitu UMNO, MCA dan MIC. Dalam perhubungan antarabangsa, Tun Abdul Razak telah memperkenalkan polisi hubungan luar di mana ianya berkesan dalam memastikan keselamatan dalam negara dan Asia Tenggara. Polisi Zon Selamat, Bebas dan Neutral (ZOPFAN) telah diperkenalkan semasa Pengisytiharan Kuala Lumpur pada tahun 1971.
Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 ketika berumur 54 tahun. Pemergian beliau amat dirasai oleh semua rakyat ketika itu yang masih memerlukan khidmat bakti beliau. Sebagai mengenang sumbangan beliau dalam membangunkan nagara, beliau telah diberi gelaran "Bapa Pembangunan".
Keseluruhan pameran dibahagi kepada 2 Fasa. Fasa 1 iaitu bangunan Sri Taman mempamerkan kira-kira 650 bahan dan boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan besar iaitu bahan-bahan arkib, bahan-bahan muzium, dan bahan-bahan perpustakaan. Semua bahan dipamerkan mengikut 16 tajuk tertentu, antaranya ialah Biografi, Personalia, Pertahanan, Pelajaran, Hadiah dan Cenderamata, Sosial, Politik, Pembangunan, Hal Ehwal Luar Negara, Kegiatan Agama, Kembali Ke Rahmatullah dan Yayasan Tun Razak. Selain gambar-gambar dan dokumen, bahan-bahan milik peribadi Allahyarham dan keluarga turut dipamerkan.
Fasa
2 mempamerkan kira-kira 1580 bahan mengenai penglibatan dan
kegiatan Tun Abdul Razak semasa menjawat jawatan Menteri dan
Perdana Menteri Malaysia ke-2. Bahan-bahan dipamerkan mengikut
tajuk-tajuk tertentu seperti Pertahanan, Sosial, Politik,
Pembangunan, Hal Ehwal Keagamaan dan sebagainya. Selain daripada
bahan-bahan pameran, terdapat juga persembahan multimedia
sebagai maklumat tambahan kepada pelawat-pelawat. Memorial
Tun Abdul Razak juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti
Perpustakaan dan Bilik Penyelidikan. Terdapat juga Pusat Penerangan
dan Kedai Cenderamata untuk para pelawat.s
BAHAN
Kad
Pengenalan Abdul Razak .
Beliau dilahirkan pada 11hb Mac 1922: Dewan Pameran Fasa 1
Contoh “Rumah FELDA”. FELDA merupakan cetusan idea Abdul Razak: Dewan Pameran Fasa 1
Kain
songket berwarna ungu dan kuning yang digunakan sebagai kain
penutup keranda Allahyarham Tun Abdul Razak: Dewan Pameran Fasa 1, Aras 2
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah atau dikenali sebagai RISDA telah dilancarkan secara rasminya
oleh Tun Abdul Razak,Perdana Menteri di Dewan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur pada 8 Februari 1973. Penubuhan RISDA memberi peluang
kepada pekebun kecil untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka di
samping memajukan sektor perusahaan getah.