Anda berada di sini : Memorial / Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad
RUMAH KELAHIRAN MAHATHIR MOHAMAD
Pada 20 hb
Disember 1925, Y.B Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah
nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star,
Kedah. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah
beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang
masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli,
rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja
mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan.
Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun
Dr. Mahathir. Di sinilah beliau dibesarkan sehingga
berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah
sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah
ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.
Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini
adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam
mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah
mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan
untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di
bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium
Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada
Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan
saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990
untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini
diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha
memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk
menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini
daripada lupus.
Pameran terbahagi kepada
dua bahagian :
Bahagian Dalam
Bahagian Luar
Waktu Lawatan
Hari
Masa
Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tgh
3.00 petang - 5.30 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)
Tutup
Masuk adalah PERCUMA.
No. 18, Lorong Kilang Ais,
Tepi Jalan
Pegawai,
Seberang Perak,
05000 Alor Setar,
KEDAH DARUL AMAN.