Logo Arkib Negara Malaysia telah
dicipta oleh Encik Sumali Bin Amat. Peraduan mencipta logo ini
telah dimulakan daripada 1 Februari 1979 hingga 10 April 1979.
Logo ini telah dipadankan dari bentuk dome (Moorish) yang terdapat di Bangunan Sultan Abdul Samad (dome berserta jam
besar) yang melambangkan imej Malaysia.
Lambang
Penjelasan
Kertas-kertas berjumlah 13 helai
Lambang bagi dokumen dan rekod-rekod negara.
Cantuman 13 helai kertas
Mewakili 13 buah negeri
yang membentuk negara Malaysia yang juga membawa maksud
bahawa dokumen dan rekod-rekod negara amat kaya dengan
unsur-unsur sejarah yang boleh dibanggakan.
Kertas membentuk bunga berkelopak 13
Bunga menjadi lambang
bahawa dokumen dan rekod-rekod negara mempunyai
unsur-unsur dan nilai-nilai kebudayaan.
Bintang berbucu 13
Mewakili bintang yang
terdapat di dalam bendera Malaysia, melambangkan
perpaduan rakyat Malaysia. Bucu tersebut juga ada
menyerupai bentuk meterai (seal) yang digunakan di dalam
dokumen-dokumen rasmi Kerajaan.
Perkataan ARKIB NEGARA MALAYSIA
Dilambangkan sebagai
pihak berkuasa Arkib Negara Malaysia sendiri yang
menyimpan dan memelihara dengan baik dokumen dan
rekod-rekod Kerajaan / Negara.
Lingkaran bulatan berwarna kuning
Lambang kepada pegawai
dan kakitangan Arkib Negara Malaysia, jentera penggerak
utama di dalam pelaksanaan rancangan Kerajaan.
Rangkaian seperti
gelang berwarna coklat tua (terletak di antara lingkaran
bulatan berwarna kuning dan cantuman kertas-kertas)
Rangkaian agensi-agensi Kerajaan
Lingkaran kecil luar (berwarna coklat tua)
Peruntukan undang-undang
yang melindungi tanggungjawab Arkib Negara Malaysia
dalam menyimpan dokumen dan rekod-rekod negara dengan
terjamin supaya bahan-bahan ini tidak lenyap ditelan
zaman.
Warna Kuning
Melambangkan kebudayaan dan sejarah.
Warna Coklat Tua
Dipadankan dari warna tanah,
sesuatu yang asal, bersesuaian dengan dokumen dan rekod
negara yang mempunyai sumber yang asal.
Warna Hitam
Tanda ketegasan di
dalam menjalankan dasar-dasar yang telah digariskan oleh
Kerajaan melalui teras undang-undang Arkib Negara
Malaysia supaya pemeliharaan dokumen dan rekod-rekod
negara tidak diabaikan dengan sewenang-wenangnya.