Memberi kefahaman asas tentang prinsip-prinsip dan kaedah reprografi serta pemeliharaan fotografi secara tiori dan amali.
Meningkatkan kemahiran tentang cara penyalinan dan pemeliharaan mikrofilem dan gambar dengan baik dan berkualiti.
Kaedah Kursus :
Syarahan, latihamal, perbincangan dan lawatan.
Kelayakan :
Semua kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan.
(Keutamaan akan diberi kepada Ahli Fotografi dan mereka yang terlibat dalam kerja penyalinan mikrofilem). Sertakan senarai tugas.
Calon-calon bagi kursus lanjutan adalah dipilih dari calon-calon yang pernah mengikuti Kursus Asas Reprografi dan mempunyai pengalaman dalam bidang reprografi (sertakan Sijil Kursus Asas Reprografi).
Tempoh :
2 minggu (8.30 pagi - 4.30 petang)
Tempat Kursus:
Arkib Negara Malaysia
Jalan Duta,
50568 Kuala Lumpur.
Cara Memohon
Pemohon
hendaklah menggunakan borang CL1
yang disertakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Borang yang telah disempurnakan hendaklah dihantar
kepada Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia,
Jalan Duta, 50568 KL.
Selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum kursus dijalankan. Sekiranya tidak mendapat apa-apa jawapan rasmi
dalam masa seminggu sebelum tarikh bermula kursus, permohonan dianggap tidak berjaya.
Urusetia Kursus
Ketua Cawangan Hajah Habibah Ismail
(habib@arkib.gov.my)