Anda berada di sini : Perkhidmatan / Latihan / Kursus Pengurusan Rekod Untuk Pegawai Rekod Jabatan
KURSUS PENGURUSAN REKOD UNTUK PEGAWAI REKOD JABATAN
Objektif Kursus :
Memberi pengetahuan asas tentang pengurusan rekod kerajaan secara teori dan amali.
Meningkatkan kemahiran Pegawai Rekod Jabatan tentang pengurusan rekod pada peringkat pewujudan, penggunaan dan penyenggaraan, serta pelupusan.
Membolehkan Pegawai Rekod Jabatan melaksanakan program pengurusan rekod di Jabatan selaras dengan kehendak Akta Arkib Negara 2003 dan Pekeliling serta Surat-surat Pekeliling berkaitan.
Kaedah Kursus :
Syarahan, kajian kes, latih amal, persembahan kumpulan dan lawatan.
Kelayakan :
Pegawai Rekod Jabatan yang dilantik selaras dengan Surat Pekeliling Bilangan 5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan Pejabat, dari Gred 27 keatas.
Tempoh :
4 hari (8.30 pagi - 4.30 petang)
Tempat Kursus:
Cawangan Latihan (Arkib Negara Malaysia),
Tingkat G, Memorial Tun Hussein Onn,
Kompleks Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2026 2909/2917
Faks : 03-2026 3703
Emel : edu@arkib.gov.my
Cara Memohon
Pemohon
hendaklah menggunakan borang CL1
yang disertakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Borang yang telah disempurnakan hendaklah dihantar
kepada Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia,
Jalan Duta, 50568 KL.
Selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum kursus dijalankan. Sekiranya tidak mendapat apa-apa jawapan rasmi
dalam masa seminggu sebelum tarikh bermula kursus, permohonan dianggap tidak berjaya.
Urusetia Kursus
Ketua Cawangan Hajah Habibah Ismail
(habib@arkib.gov.my)