Memberi pengetahuan tentang bidang pemeliharaan dan pemulihraaan rekod.
Meningkatkan kemahiran tentang prinsip dan teknik pengawetan dan penjilidan secara teori dan amali.
Membolehkan pemeliharaan dan pemuliharaan rekod di Jabatan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Kaedah Kursus :
Syarahan dan latihamal.
Kelayakan :
Semua pegawai awam dalam Kumpulan Sokongan
(Keutamaan kepada pegawai yang menjalankan kerja-kerja mengawet dan menjilid buku/dokumen). Senarai tugas mesti disertakan.
Kursus lanjutan memerlukan pemohon menyertakan sijil penyertaan kursus asas yang telah dihadiri dan mempunyai pengetahuan dalam bidang mengawet dan menjilid.
Tempoh :
2 minggu (8.30 pagi - 4.30 petang)
Tempat Kursus:
Cawangan Latihan (Arkib Negara Malaysia),
Tingkat G, Memorial Tun Hussein Onn,
Kompleks Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2026 2909/2917
Faks : 03-2026 3703
Emel : edu@arkib.gov.my
Cara Memohon
Pemohon
hendaklah menggunakan borang CL1
yang disertakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Borang yang telah disempurnakan hendaklah dihantar
kepada Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia,
Jalan Duta, 50568 KL.
Selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum kursus dijalankan. Sekiranya tidak mendapat apa-apa jawapan rasmi
dalam masa seminggu sebelum tarikh bermula kursus, permohonan dianggap tidak berjaya.
Keperluan Lain
Calon-calon yang dipilih dikehendaki membawa kertas ‘double foolscap’ 1 rim untuk kegunaan latihan amali (hasil latihan amali akan diserahkan kepada peserta).
Urusetia Kursus
Ketua Cawangan Hajah Habibah Ismail
(habib@arkib.gov.my)