:: Selamat Datang Ke Laman Komuniti Rekod ::
Kursus – kursus yang akan dilaksanakan untuk Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) bagi tahun 2013: PDF Cetak E-mail


Pengenalan

Kursus bertujuan untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran Pegawai Rekod Jabatan yang dilantik selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 - Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian 8.2 (d) dan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]. Para peserta akan didedahkan dengan prinsip, konsep perundangan, kaedah dan keperluan-keperluan dalam pengurusan rekod kerajaan yang betul dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

 

Objektif

Selepas mengikuti kursus ini para peserta akan dapat :

  1. Mengenal pasti konsep dan perundangan pengurusan rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003. (Akta 629);
  2. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia; dan
  3. Mengaplikasikan proses pengurusan  rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan Arkib Negara Malaysia.

 

 

Kaedah Kursus

Ceramah, perbincangan dan latih amal

Peserta

Pegawai Rekod Jabatan yang dilantik selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 - Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian VIII, 8.2(d) atau pegawai yang setaraf dengannya yang menjalankan tugas dalam pengurusan rekod di Jabatan.

 

Tarikh Kursus

 

1. Kursus Asas Pegawai Rekod Jabatan

 

Siri Tarikh Tempat Kursus
1/2013 5 - 7 Februari 2013 Memorial Tun Abdul Razak, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
2/2013 15 - 17 April 2013 Memorial Tun Abdul Razak, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
3/2013 10 - 12 Jun 2013 Arkib Negara Malaysia Caw. Sabah
4/2013 1 - 3 Julai 2013 Memorial Tun Abdul Razak, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
5/2013 9 - 11 September 2013 Arkib Negara Malaysia Caw. Melaka
6/2013 7 - 9 Oktober 2013 Memorial Tun Abdul Razak, Jalan Perdana, Kuala Lumpur

 

2. Kursus Lanjutan Pegawai Rekod Jabatan

 

Siri Tarikh Tempat Kursus
1/2013 20 - 22 Mac 2013 Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur
2/2013 29 - 31 Mei 2013 Arkib Negara Malaysia Caw. Johor
3/2013 26 - 28 Ogos 2013 Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur
4/2013 23 - 25 Oktober 2013 Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur

    *Penginapan dan pengangkutan tidak disediakan oleh Arkib Negara Malaysia


    Cara memohon

     

    Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang SKL1 (sila klik untuk muat turun) dan dihantar ke  alamat seperti di bawah atau emel ke Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau faks 03-62015679:

     

     

    Ketua Pengarah

    Arkib Negara  Malaysia

    Seksyen Konsultansi dan Latihan

    Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur

     

     

    Tarikh Tutup Permohonan

    Satu (1) bulan sebelum tarikh kursus dilaksanakan

     

    Maklumat Lanjut

    Sebarang pertanyaan bolehlah dimajukan kepada Seksyen Konsultansi dan Latihan di talian 03-62090600 samb. 523, e-mel Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

     

    Nota : Tertakluk kepada pindaan