:: Selamat Datang Ke Laman Komuniti Rekod ::
Joomla Slide Menu by DART Creations

Log Masuk





Perutusan Ketua Pengarah ANM PDF Cetak E-mail

 

 

 


Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

 

Wadah teknologi maklumat kini adalah merupakan medan utama untuk menyampai dan mencakup segala informasi dalam dunia global melangkaui sempadan, tempat, negara dan masa. Justeru Arkib Negara Malaysia tidak ketinggalan jua dalam mengaplikasi wadah tersebut melalui ruang laman ini bagi membina hubungan komunikasi antara Pegawai Arkib dengan semua Pegawai Rekod Jabatan sebagai sumber perkongsian maklumat dalam bidang pengurusan rekod terutamanya.

 

Laman Komuniti Rekod ini diwujudkan sebagai pintu utama bagi pengguna khususnya Pegawai Rekod Jabatan dalam melayari pencarian maklumat berkaitan dengan pengurusan rekod dan disamping itu mengemaskini profil pengetahuan mereka dalam menentukan bidang yang diminati bagi memenuhi keperluan maklumat yang mereka ingini.

 

Laman Komuniti Rekod ini juga disediakan sebagai gedung pengetahuan di mana segala cabang ilmu baru berkaitan dengan pengurusan rekod dapat dikemaskini dan disebarkan serta dikongsi bersama antara Pegawai Arkib dan Pegawai Rekod Jabatan bagi memenuhi visi dan misi bersama dalam meletakkan pengurusan rekod sebagai matlamat utama di jabatan kerajaan.

 

Disamping itu juga dengan adanya Laman Komuniti Rekod ini dapat membantu dalam menawan idea serta membangunkan pembelajaran dan ini dapat merencanakan perkongsian pengetahuan yang lebih efisien bagi menyokong kerajaan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

 

Akhir kata saya mengharapkan interaksi yang aktif bagi merealisasikan objektif Laman Komuniti Rekod ini serta mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan bernas untuk menjadikan laman ini lebih relevan kepada semua. Jadikan Laman Komuniti Rekod ini laman kita bersama dalam menyahut seruan ke arah transformasi penyampaian perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam.

 

Selamat Melayari Laman Komuniti Rekod


Hajah Daresah Haji Ismail

Ketua Pengarah

Arkib Negara Malaysia