|
Portal ini disediakan sebagai satu sumber ilmu dan pengetahuan bagi membolehkan jabatan melaksanakan program dan aktiviti pengurusan rekod selaras dengan undang- undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan.
Portal ini juga merupakan satu wadah interaksi dan perkongsian pintar di antara Pegawai Rekod Jabatan dan Pegawai Arkib bagi menjana idea dan kreativiti yang dapat menyumbang kepada penambahbaikan program dan aktiviti pengurusan rekod.
Interaksi sebegini akan memupuk minat dan komitmen yang akan menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan pengurusan rekod di mana Pegawai Rekod Jabatan akan menjadi sebagai peneraju utama di dalam pelaksanaannya.
Portal ini adalah wadah perkongsian bersama. Dengan itu, segala cadangan dan komen ke arah penambahbaikan portal ini adalah sangat dialu- alukan sepanjang masa. |
|
-
Saluran bagi Pegawai Rekod Jabatan untuk berkongsi maklumat dan idea.
-
Medan untuk memberi maklum balas dan berkongsi permasalahan.
-
Memberi gambaran tentang tugas dan tanggungjawab Pegawai Rekod Jabatan secara lebih jelas dan teratur.
-
Mewujudkan komuniti Pegawai Rekod Jabatan yang aktif dan saling berinteraksi bagi menjayakan pengurusan rekod di jabatan kerajaan.
|
|
Siapa Pegawai Rekod Jabatan |
|
|
|
|
Pegawai Rekod Jabatan dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam merancang, memantau dan melaksanakan program dan aktiviti berkaitan pengurusan rekod di jabatan masing- masing.
Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/ 07 Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian 8.2(d), Pegawai Rekod Jabatan dilantik di kalangan Gred 27 atau setaraf dengannya dan pelantikan ini hendaklah disahkan oleh Arkib Negara Malaysia.
|
|
Bidang Tugas Pegawai Rekod Jabatan |
|
|
|
-
Menyelaras perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti pengurusan rekod jabatan.
-
Menyelaras aktiviti konsultansi dan latihan pengurusan rekod dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
-
Memantau penjagaan dan penyimpanan setiap rekod awam di Jabatan supaya selamat dan terpelihara mengikit piawaian yang ditetapkan.
-
Memastikan aktiviti pelupusan rekod- rekod awam tidak aktif dilaksanakan mengikut undang- undang dan peraturan.
-
Sentiasa berhubung dengan Arkib Negara Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini, serta melibatkan diri dengan program dan aktiviti- aktiviti pengurusan rekod.
-
Menyelia kerja- kerja pelaksanaan pengurusan rekod yang dijalankan oleh Pembantu Tadbir Rekod Jabatan/ Kerani Fail.
|
|
|