Anda berada di sini : Perkhidmatan / Kemudahan Penyelidikan
KEMUDAHAN PENYELIDIKAN
Pengenalan
Objektif utama perkhidmatan ini
ialah untuk menyebarluaskan maklumat yang ada di Arkib Negara
Malaysia kepada umum bagi melahirkan masyarakat yang berilmu,
berwibawa dan cintakan negara.
Perkhidmatan ini menyediakan
kemudahan-kemudahan rujukan untuk bahan-bahan arkib dan juga
bahan-bahan perpustakaan.
Waktu Rujukan di Dewan
Penyelidikan
Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan
Hari
Masa
Isnin dan Jumaat
9.00 pagi - 5.00 petang
Selasa hingga Khamis
9.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
Kemudahan-kemudahan yang disediakan
1. Dewan Penyelidikan
Bagi kemudahan dan keselesaan
para penyelidik, sebuah Dewan Penyelidikan yang luas
disediakan, dilengkapi dengan kerusi dan meja yang boleh
memuatkan 150 orang penyelidik dalam satu masa. Dewan
Penyelidikan ini juga dilengkapi dengan Kaunter Perkhidmatan,
Bilik Panducari dan Komputer.
2. Bilik Mikrofilem
Bilik ini dikhaskan bagi
penyelidik-penyelidik yang ingin merujuk kepada bahan arkib
yang terdapat dalam bentuk mikrofilem.
3. Bilik Audio Visual
Bahan-bahan arkib
yang terdapat dalam bentuk video, dan pita rakaman/kaset boleh
dirujuk/didengar dalam Bilik Audio Visual. Alat-alat seperti
TV, alat penayang video dan alat perakam disediakan.
4. Kemudahan Merezab Bahan (contoh
Borang Rezab)
Bagi
penyelidik-penyelidik yang belum selesai merujuk bahan-bahan
arkib yang dipesan, mereka boleh merezabkan bahan-bahan
tersebut selama tiga hari bekerja. Borang Rezab hendaklah
dilengkapi dan diserahkan kepada kakitangan bertugas.
5. Kaunter Pendaftaran
Kaunter Pendaftaran disediakan
untuk memudahkan penyelidik membuat pendaftaran.
6. Kaunter Perkhidmatan
Kaunter Perkhidmatan ialah untuk
memudahkan penyelidik berurusan dengan Petugas Kaunter.
7. Bilik Rundingcara
Bilik ini
disediakan untuk membolehkan penyelidik boleh berinteraksi dan
berbincang dengan Pegawai Petugas untuk mendapat khidmat
nasihat, bantuan dan keterangan.
8. Locker dan Ruang Rehat
Dibahagian luar Dewan
Penyelidikan, disediakan locker dimana penyelidik boleh
menyimpan barang-barang mereka dan ruang rehat untuk
penyelidik berehat sambil menontoh TV. Bahan-bahan bacaan
ringan seperti suratkhabar, serta majalah-majalah boleh
didapati di Perpustakaan Jabatan di Tingkat M, bangunan yang
sama.