Pengumuman!

Anda berada di sini : Memorial / Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

 

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj pada 31 Ogos 1985. Penubuhan Memorial ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan tanahair membebaskan Negara dari cengkaman penjajah yanh silih berganti. Perjuangan yang bermula seawal tahun 1511 mengambil masa 446 tahun dan diakhiri dengan Pengisytiharan Kemerdekaan Negara pada tanggal 31 Ogos 1957. Memorial ini mengimbau sejarah perjuangan kemerdekaan dengan memaparkan pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, cenderamata, keratin akhbar, pakaian rasmi, pen, keris, cop mohor, peti undid an audiovisual.

Bahan-bahan pameran dipamerkan mengikut sektor-sektor tertentu bagi memudahkan pelawat mengetahui dan memahami liku-liku perjuangan kemerdekaan negara. Sektor-sektor tersebut ialah Sektor Pengenalan dan Pertuanan Melayu, Sektor Menghadapi Cabaran Kuasa Asing, Sektor Kebangkitan Semangat Kebangsaan, Sektor Menentang Malayan Union, Sektor Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, Sektor Menghadapi Gerakan Komunis, Sektor Ke Arah Kemerdekaan, Sektor Kemerdekaan, Sektor Raja Berpelembagaan, S ektor Ketua Negara, Negeri dan Kerajaan dan Sektor Penubuhan Malaysia. Selain dari itu, terdapat juga kereta Merdeka 1957 serta dua buah kereta perisai yang digunakan semasa Darurat dipamerkan di bahagian luar bangunan Memorial.

Memorial ini ditempatkan di bangunan yang asalnya dikenali sebagai Malacca Club yang telah dibina sekitar tahun 1911 dan senibinanya memperlihatkan ciri-ciri adunan unsur-unsur tempatan dan British. Bangunan ini dipilih kerana ianya terletak di hadapan Padang Banda Hilir Melaka; tempat di mana YTM Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan tarikh kemerdekaan sekembalinya Rombongan Merdela dari London. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 20 Februari 1956 ini merupakan satu epis od penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Negara.

 

BAHAN

i. Pena


Pena yang digunakan oleh YTM Tun Abdul Rahman Putra untuk
menandatangi Perjanjian London pada 8 Febuari 1956:
Bahan Pameran Tingkat Atas.


ii. Pena


Pena yang digunakan oleh YTM Tun Abdul Rahman Putra
untuk menandatangi Perjanjian Kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957:
Bahan Pameran Tingkat Atas.



iii. Keris Sepukal



Keris Sepukal merupakan keris yang dijulang oleh Tunku Abdul Rahman
di Padang Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 ketika melaungkan merdeka:
Bahan Pameran Tingkat Atas.




iv. Koleksi majalah-majalah terawal (1918-1931): Bahan Pameran Tingkat Atas



Majalah Pengasoh (1918)







Majalah Seruan Al-Azhar (1926 - 1928)









Majalah Al-Ikhwan (1926 - 1931)





 

Waktu Lawatan

Hari
Masa
Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tgh
3.00 petang - 5.30 petang
Sabtu & Ahad
10.00 pagi - 5.30 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)
Tutup
Masuk adalah PERCUMA.
Jalan Parameswara,
75000 Bandar Hilir,
MELAKA.
No. Tel : 06-2841231 / 2841232
No. Faks : 06-2829730

 

TAHUKAH ANDA?

Pada 20.2.1956, Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan di Padang Bandar Hilir, Negeri Melaka oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra iaitu Ketua Menteri Persekutuan dan juga yang Dipertua Agong UMNO. (Sumber: Hari Ini Dalam Sejarah. Jilid V)

Tarikh Kemaskini :