PERLETAKAN BATU ASAS KOMPLEKS PUSAT ISLAM KUALA LUMPUR
Posted by pauziah on 24/07/2012 08:46:44

Pada hari ini dalam tahun 1973,  upacara meletakkan batu asas Kompleks Pusat Islam telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Haji Abdul Razak bin Hussein.  Turut hadir diupacara tersebut ialah menteri-menteri kabinet, diplomat asing dan alim ulama. Pembinaan Kompleks berhampiran dengan Masjid Negara ini adalah bertujuan menjadikannya pusat yang akan menempatkan Ibu Pejabat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia,  Pusat Penyelidikan Islam, Institut Dakwah Islamiah dan Institut Pengajian AI-Quran. Kompleks Pusat Islam yang berharga RM 50 juta itu telah berjaya disiapkan dalam tempoh 4 tahun, dan merupakan Ibu Pejabat bagi Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Pada 16.9.1985, Kompleks  tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dengan terbina Kompleks Pusat Islam Malaysia pada hari ini,  telah menambahkan lagi satu mercu tanda istimewa di Bandaraya Kuala Lumpur serta dapat meningkatkan pembangunan dan kemajuan umat Islam di negara ini.