BADAN BAHASA SABAH (BAHASA) DITUBUHKAN
Posted by pauziah on 19/12/2011 16:37:35

Pada hari ini dalam tahun 1970, Badan Bahasa Sabah telah ditubuhkan dengan rasminya. Yang Dipertua BAHASA, Encik Dzulkifli Abdul Hamid telah memperkenalkan Badan Bahasa Sabah ini kepada peserta-peserta Malaysia Barat termasuk wakil PENA dan Dewam Bahasa dalam sebuah seminar yang berlangsung selama tiga hari mulai 4 Ogos 1970. Badan Bahasa Sabah ini telah ditubuhkan dengan mempunyai beberapa tujuan:

Sejak Badan Bahasa Sabah ditubuhkan, 12 buah cawangan telah didirikan di seluruh Sabah hingga tanggal 4 Julai 1970. Cawangan-cawangan tersebut ialah: Kota Kinabalu, Putatan, Tuaran, Labuan, Beaufort, Kudat, Sandakan, Membakut, Kuala Penyu, Sipitang, Bandau dan Kota Belud. Sesungguhnya dengan penubuhan Badan Bahasa Sabah pada hari ini dalam tahun 1970 akan dapat merintis jalan supaya bahasa dan kebudayaan rakyat di Sabah bercorak satu dan berteraskan kebudayaan bumiputera.