UPACARA PERLETAKAN BATU ASAS KOLEJ UGAMA SULTAN
Posted by on 30/06/2008 15:21:10

 
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1983,  DYMM  Sultan  Terengganu,  Sultan  Mahmud  Al-Muktafi  Billah  Shah  Ibhni  Al-Marhum  Tuanku  Al-Sultan  Ismail  Nasiruddin  Shah  telah   berangkat  menyempurnakan  upacara  perletakan  batu  asas  kampus tetap Kolej  Ugama  Sultan  Zainal  Abidin  (KUSZA).  Kampus  seluas 144 hektar  ini  terletak  di  Gong  Badak  iaitu  kira-kira  20  kilometer  ke  utara  Kuala  Terengganu.   Penubuhan KUSZA  bermula  dengan  persetujuan  yang telah  dicapai dalam  Majlis  Mesyuarat  Kerajaan  Negeri  Terengganu  pada  17  Ogos  1978  bagi  menubuhkan  sebuah  institusi  Pengajian  Tinggi  Islam  dengan  nama  KUSZA.  Kumpulan  pertama  seramai  35  orang  pelajar  telah  diambil  untuk  mengikuti  pengajian  bagi  tingkatan empat aliran sastera (agama) pada  27  Januari  1980 dengan  menumpang  di  Sekolah  Menengah  Atas  Sultan  Zainal  Abdin  dan  kemudiaanya  berpindah  ke  bangunan  sementara   di jalan  Hiliran  pada  24  April  1981.  KUSZA  ditubuhkan  bertujuan  untuk  meningkatkan  taraf  pendidikan  agama,  khususnya  kepada  rakyat  negeri  Terangganu  serta  melaksanakan  sistem  pendidikan  Islam yang  lebih  sistematik  serta melahirkan  tenaga  kerja  di peringkat  separa  ikhtisas  yang  diperlukan  oleh  sektor  awam  dan  swasta.