PERASMIAN HOSPITAL TEMENGGONG SERI MAHARAJA TUN IBRAHIM KULAI JOHOR
Posted by azilawani on 16/06/2011 10:11:19

Tarikh Peristiwa :       26.4.1997

 

Pada hari ini dalam tahun 1997, Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah berkenan merasmikan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di Kulai Johor. Pembinaan hospital ini menggunakan konsep nuklues dan menelan belanja RM 37.5 juta. Kewujudan hospital ini diharap dapat membantu menampung peningkatan pesakit yang tinggi di Hospital Sultanah Aminah. Selain itu juga pembinaan hospital ini di daerah Kulai Johor diharap akan dapat meningkatkan taraf kesihatan penduduk di kawasan berkenaan.