PELANCARAN BUKU MEMOIR TAN SRI ABDUL AZIZ ZAIN-NEGARAWAN LIMA ZAMAN
Posted by azilawani on 31/05/2011 10:07:20
Tarikh Peristiwa:  27.11.2005 


Pada hari ini dalam tahun 2005, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad telah melancarkan buku Memoir Tan Sri Abdul Aziz Zain-Negarawan Lima Zaman yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.. Majlis pelancaran buku ini telah diadakan di Kelab Tasek, Putrajaya. Buku ini dihasilkan oleh Zainatul Shuhaida Abdul Rahman dan dibantu oleh Ruslan Ngah serta Sophyan Hakim Mohd Hakim. Kejayaan menghasilkan penulisan ini boleh dianggap sebagai antara yang pertama berjaya dihasilkan melibatkan tokoh yang hidup dalam zaman-zaman berbeza dalam bidang yang sama. Buku yang dihasilkan ini setebal 160 muka surat dan sarat dengan paparan maklumat masa lalu pengalaman Tan Sri Abdul Aziz Zain yang berkhidmat dalam bidang kehakiman semasa era penjajahan British dan Jepun sebelum melanjutkan perkhidmatan dalam bidang yang sama semasa era Malaysia. Selain dari kenangan peribadi beliau yang sangat beharga tentang masa lalu, buku ini turut memaparkan suasana lampau pada zaman berkenaan dengan jelas dan objektif. Ini menjadikan hasil penulisan memoir ini begitu berharga untuk dikongsikan dengan para pengkaji dan masyarakat Malaysia amnya pada hari ini.