PERASMIAN MUZIUM ORANG ASLI
Posted by azilawani on 23/05/2011 11:33:16
Pada hari  ini  dalam  tahun  1987,  Perdana  Menteri, Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad  telah  merasmikan  Muzium Orang Asli yang  terletak di Kilometer 19, Gombak, Selangor.  Muzium Orang Asli ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Turut hadir pada  majlis  tersebut, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Siti  Hasmah Mohd Ali; Menteri Besar Selangor, dan Dato’ Mohamad Taib, Ketua Pengarah  Jabatan Hal Ehwal orang Asli (JHEOA), Encik Jimin Idris. Penubuhan Muzium yang  berharga $80,000 bertujuan untuk menjadi pusat pemeliharaan warisan budaya  masyarakat  orang  Asli, yang terdiri daripada tiga suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.  Pada  tahun  1995, sebuah  Muzium  baru  telah  dibina  dengan  kos sebanyak  RM 3.5 juta  bagi  menggantikan  Muzium lama  yang  merupakan bangunan kayu, kediaman rasmi bekas Ketua  Pengarah  JHEOA.   Muzium baru  ini  telah  dirasmikan  oleh  D.Y.M.M Seri  Paduka  Baginda  Yang di-Pertuan  Agong,  Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada 2 Mac 2000. Sesungguhnya  peranan muzium  Orang Asli  ini sangat  besar  dalam  memastikan  warisan budaya masyarakat Orang Asli terus terpelihara untuk  tatapan  generasi  akan  datang.