PILIHANRAYA YANG PERTAMA NEGERI SELANGOR
Posted by on 05/06/2009 11:38:33

Pada hari ini dalam tahun 1955 negeri Selangor telah mengadakan pilihanraya yang pertama dalam sejarah pemerintahan berdemokrasi di Persekutuan Tanah Melayu. Dalam pilihanraya ini seramai 20 ribu orang telah turun mengundi di tiga kawasan pilihanraya bagi memilih Ahli-ahli Majlils Negeri yang dlpilih buat pertama kalinya. Ketiga-tiga kawasan pilihanraya yang dipertandingkan itu ialah kawasan Sabak Bernam, kawasan Kelang Utara, dan kawasan Kuala Lumpur Barat.

Calon-calon Perikatan (UMNO, MCA, MIC) telah memenangi ketiga-tiga kerusi tersebut dengan mengalahkan parti-parti lawan yang terdiri daripada Parti Islam Se Malaya, Parti Buruh dan dua orang calon bebas. Dengan kemenangan itu bererti Perikatan UMNO-MCA-MIC telah memenangi kesemua 13 kerusi yang diperuntukkan, 10 dimenangi tanpa bertanding sebelum hari pencalonan dan menguasai seratus peratus suara majoriti dalam Majlis Negeri Selangor.

Sebelum ini, tiga hari sebelum pilihanraya Negeri Selangor, Perikatan UMNO-MCA-MIC Pahang telah memenangi sesemua 9 kerusi yang diperuntukkan, 7 dimenangi tanpa bertanding dan Perikatan UMNO-MCA-MIC Perlis memungut semua kerusi yang dipertandingkan pada 25hb September.

Dengan adanya pilihanraya negeri yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih Ahli-Ahli Majlis Negeri yang mereka sukai bermulalah sistem memilih pemerintahan demokrasi di tiap-tiap negeri.

Sistem pilihanraya ini telah membolehkan buat pertama kalinya seorang Menteri Besar dilantik dari kalangan Ahli-ahli Majlls Negeri yang telah dlpilih oleh rakyat. Bagaimanapun sistem perlantikan serupa ini tidaklah dilaksanakan sepenuhnya sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sistem serupa ini juga kemudiannya berkembang ke peringkat Persekutuan apabila dalam tahun yang sama pilihanraya umum peringkat Persekutuan diadakan. Hasil daripada pilihanraya ini seorang Ketua Menteri telah dilantik dan berkuasa melantik Ahli-ahli Jemaah Menteri yang disukainya. Bagaimanapun 1/3 daripada Ahli-ahil Jemaah Menteri ini dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, di mana seluruh ahli Jemaah Menteri dilantik dari Ahli-ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.