BELANDA KALAH DI SELANGOR
Posted by azilawani on 23/04/2009 15:48:07

Pada hari ini dalam tahun 1785, orang-orang Belanda di bawah pimpinan Komander Gerardus Zwykhardt dan August Gravensteyn terpaksa lari meninggalkan kubu-kubu mereka di Kuala Selangor, balik ke Melaka. Orang-orang Belanda ini telah dapat dikalahkan oleh angkatan Sultan Ibrahim Shah, (Sultan Selangor ke 2) yang diketuai oleh Baginda sendiri dengan bantuan dua ribu orang Pahang yang diberikan oleh Bendahara Abdul Majid. Serangan  ke atas  kubu-kubu itu dilakukan pada waktu malam (27hb Jun, 1785). Orang-orang Belanda tidak dapat menahan serangan itu dan pada hari ini dalam tahun 1785, lari dari kubu-kubu mereka dengan  meninggalkan  bebarapa banyak meriam ubat bedil. Dengan ini Baginda dapat menebus kekalahan pada tahun  1784.

Pada permulaan pemerintahan Sultan Ibrahim Shah, hubungan di antara Selangor dan Belanda di Melaka berjalan dengan baik. Ini disebabkan pada tahun 1758, Sultan Salehuddin (ayahanda kepada Sultan Ibrahim) telah memberi kebenaran kepada kapal-kapal Kompeni Belanda dan Johor berlabuh di mana-mana pelabuhan Selangor. Kompeni Belanda juga dibenarkan mengendalikan perdagangan tanpa cukai di Selangor. Pembelian bijih timah dengan harga tetap adalah menjadi hak monopoli Belanda. Bapa saudara Sultan Ibrahim (Raja Haji, Yamtuan Muda Riau (IV)) juga ada membuat perjanjian berbaik-baik dengan Belanda. Bagaimanapun, keadaan aman di antara Belanda dengan Selangor ini bei-langsung sehingga tahun 1782 sahaja apabila pihak Belanda tidak menepati salah satu syarat perjanjian berbaik-baik dengan Raja Haii.

Pada masa ini pihak Belanda juga sedang berperang dengan Inggeris (1780-1784). Kekuaannya telah mulai lemah. Raja Haji yang marah dengan perbuatan mungkir janji pihak Belanda itu mula hendak menyerang Belanda dengan bantuan orang-orang Rembau dan anak saudaranya, Sultan Ibiahim, Selangor. Bagaimanapun, Belanda telah leblh dahulu menghantai- 6 buah kapal dari   Betawi dengan 9io orang askar perang pergi menyerang Raja Haji di Riau. Serangan itu dipatahkan oleh orang-orang Riau  yang diketual sendiri oleh Raja Haji. Pada akhlr tahun 1782  pihak Belanda telah  menghantar lagi ke Riau  sebanyak tujuh buah kapal dengan membawa seramai 594 orang. Angkatan ini pun dapat ditentang oleh Raja Haji.

Sementara   itu, Sultan Ibrahim dan orang-orang Rembau menyerang bandar Melaka dari Batang Tiga (di Melaka). Peperangan ini berlaku terus hingga ke tahun 1784. Pada pertengahan bulan Januari 1784 semua angkatan perang Belanda yang mengepung Riau dipanggil balik ke Melaka untuk menghadapi serangan orang-orang Selangor dan orang-orang Rembau yang diketuai sendiri oleh Sultan Ibrahim. Sementara itu Raja Haji pula berangkat ke Melaka untuk membantu anak saudaranya dan tiba di Teluk Ketapang Melaka pada 13hb Februari 1784, Ialu berkubu di Tanjung Palas (kira-kira lima batu dari Bandar Melaka).

Pada subuh 18hb Jun 1784, Admiral Jacob Pieter van Braam telah mendaratkan seramai 734 orang askar lengkap dengan alat senjata senapang dan meriam telah menyerang kubu Raja Haji di Tanjung Palas. Di dalam pertempuran yang hebat itu Raja Haji dan panglima-panglimanya Arong Lenga, Daing Selikang, dan Raja Ahmad telah terbunuh. Dengan itu alahlah orang-orang Bugis. Sultan Ibi-ahim berundur balik ke Selangor dan orang-orang Rembau balik ke Rembau.

Bagaimanapun, Gabenor  Belanda di Melaka terlalu marah kepada Sultan Ibrahim. Satu pasukan tentera Belanda yang diketuai oleh Kapten Dirk Van Hogendrop telah dihantar ke Kuala Selangor untuk menangkap Sultan Ibrahim. Pada 13hb Julal 1784, sebuah angkatan perang Belanda mengandungi 1 1 buah kapal perang dengan beberapa buah perahu Raja M uhamad Ali dari Siak telah menyerang kubu Selangor. Setelah berperang selama kira-kira dua minggu akhirnya Kuala Selangor jatuh ke tangan Kompeni Belanda pada lhb Ogos, 1784 dan Sultan Ibrahim serta pengikut-pengikutnya berundur ke Ulu Selangor, kemudian ke Bernam dan terus ke Pahang.

Ketika Kompeni Belanda berkuasa di Kuala Selangoi- mereka mengambil alih kubu-kubu pertahanan Sultan Ibrahim di Kuala Selangor dan melantik Raja Muhammad Ali Siak sebagai  Pemangku Yang Dipertuan Selangor. Tetapi pada hari ini dalam tahun 1785, Sultan Ibrahim dan pengikut-pengikutnya dan dengan bantuan orang-orang Pahang telah berjaya menawan kembali kubu Kuala Selangor. Belanda telah diusir dari situ. Apabila Sultan Ibrahim berkuasa semula baginda telah memperbaiki dan membina kubu-kubu di atas kawasan bukit di Kuala Selangor.  Melihatkan kekuatan kerajaan Sultan lbrahim, Kompeni Belanda memutuskan untuk berbaik-baik. Sebagal ekorannya, pada 29hb Jun 1786, satu perjanjian telah ditandatangani oleh kedua belah pihak.