PENUBUHAN UMNO
Posted by on 24/06/2008 11:05:18
Pada hari ini dalam  tahun 1960,  Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)  atau  United  Malays  National  Organization  (UMNO)  telah ditubuhkan.  Istana  Besar  Johor  Bahru,  telah  menyaksikan  kelahiran  parti  terbesar orang  Melayu  apabila  ribuan  orang  Melayu  berhimpun  dan  bertemu  dalam  Kongres Melayu  Se-Malaya untuk kali ketiga.  Kongres ketiga ini diadakan berikutan penentangan  keras  orang  Melayu  terhadap  penubuhan  Malayan  Union  oleh  penjajah British  selepas  berakhirnya  pendudukan  Jepun  pada  Ogos  1945.  Sebuah jawatankuasa  yang  terdiri  daripada  Datuk Onn,  Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Nik Ahmad Kamil, Datuk Hamzah Abdullah dan Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) yang dibentuk ketika Kongres Melayu Se-Malaya Pertama pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur telah membentangkan Piagam atau Perlembagaan UMNO dan diluluskan oleh 29 anggota pertubuhan yang mewakili pertubuhan orang Melayu di Tanah Melayu dan Singapura. Almarhum Sultan Ismail telah merasmikan penubuhan Umno pada 11 Mei 1946 dan Dato’ Onn Jaafar telah dipilih menjadi Presiden UMNO. Penubuhan UMNO sekaligus membubarkan Kongres Melayu Se-Malaya yang sebelum ini menjadi gabungan seluruh persatuan orang Melayu. Kejayaan UMNO yang terbesar ialah memansuhkan Malayan Union seterusnya membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Ia merintis laluan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.