Announcement!

You are here : Pameran dan Seminar Sehari Sempena 60 Tahun Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

Pameran dan Seminar Sehari Sempena 60 Tahun Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu


Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sejarah, Universiti Malaya akan menganjurkan pameran dan seminar sehari sempena 60 tahun Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 11 November 2008 ( Selasa) bertempat di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

Pameran dan seminar ini bertemakan ’60 TAHUN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU : ASAS NEGARA MERDEKA’. Program ini bertujuan agar masyarakat dapat mengetahui peri pentingnya Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam konteks sejarah dan kemerdekaan serta mengenal pasti pelbagai isu yang diperkatakan dan diperbincangkan sebelum, semasa dan selepas Perlembagaan diperkenalkan. Ini merupakan satu usaha yang dibuat bagi memperingati genapnya 60 Tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu disamping dapat mengkaji dan melihat isu-isu berkaitan.

Kertas kerja seminar akan dibentangkan oleh ahli akademik dan tokoh vateran yang pernah terlibat dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Dijangka 200 orang peserta akan menghadiri majlis ini antaranya ahli akademik IPTA dan IPTS, pegawai awam kerajaan dan swasta, guru sejarah dan pendidikan, ahli-ahli politik, badan bukan kerajaan, serta pelajar IPTA dan IPTS. Lebih kurang 100 bahan akan dipamerkan yang merangkumi pelbagai jenis rekod dari koleksi Arkib Negara Malaysia dan bahan-bahan luar yang berkaitan. Bahan-bahan ini adalah dikategorikan sebagai unik dari segi nilai sejarah dan merupakan bahan yang kerap dirujuk oleh penyelidik.

Keseluruhannya program ini banyak mendedahkan isu-isu dalam Perlembagaan Persekutuan 1948 dengan pencapaian kemerdekaan Negara serta menimbulkan rasa keinsafan dan semangat perpaduan kearah pembinaan Negara bangsa. Selain itu ia dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum serta dapat mewujudkan penemuan baru dalam mengkaji perkembangan warisan sejarah Negara. Penghayatan sejarah amat penting dalam pembentukan sebuah bangsa dan Negara yang membangun.

"KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI SEMINAR INI SILA HUBUNGI URUS SETIA BERIKUT:"

Cawangan Pameran
Arkib Negara Malaysia
03-2031 5540 / 5561

Cik Noraini : 019-230 8148
Pn. Mariatul Zaihan : 013-338 0787

"TEMPAT ADALAH TERHAD - SIAPA CEPAT DIA DAPAT"

 

Updated Date :