Announcement!

You are here: Publications

Publications



Books Synopsis
INDEX TO BRITISH COLONIAL

Penerbitan ini merupakan indeks kepada fail-fail Pejabat Jajahan British berkaitan dengan British Malaya dari 1838-1946. Ia adalah panduan kepada rekod-rekod Pejabat Jajahan British mengenai negara ini yang tersimpan di Public Records Office London, United Kingdom.

Harga : RM 35.00 (setiap vol.)
1 set(mengandungi 13 vol.) = RM 300.00
PANDUAN SUMBER-SUMBER SEJARAH

Penerbitan Panduan Sumber-sumber Sejarah ini bertujuan untuk mengumpul, menyedia dan menerbitkan satu siri panduan mengenai sejarah dan kebudayaan Malaysia yang komprehensif, terdapat di institusi-institusi arkib, perpustakaan, muzium, universiti, badan-badan tertentu dan orang perseorangan di Malaysia.

Harga           : Jilid I - RM 32.00
                     Jilid II - RM 40.00
                     Jilid VI - RM 27.00
                     Jilid VII - RM 22.00
PERKHIDMATAN AWAM - SATU CABARAN (SIRI UCAPAN TERPILIH PERDANA MENTERI MALAYSIA MENGENAI PERKHIDMATAN AWAM 1957-1999)

Buku ini merupakan koleksi ucapan keempat-empat Perdana Menteri Malaysia berkaitan perkhidmatan awam di Malaysia. Buku ini mengandungi ucapan YTM Tunku Abdul Rahman Putra (1955 - 1961), Tun Abdul Razak (1960 – 1976) semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn (1978 – 1981) dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 – 1998).

Tahun Diterbitkan :2001
Harga           :RM15.00
ARKIB WARISAN EKSKLUSIF

Buku ini merangkumkan bahan-bahan terpilih daripada koleksi arkib. Maklumat bahan arkib yang terkandung dalam buku ini adalah merupakan rekod-rekod awam, yang mencakupi pelbagai bidang berkaitan perundangan, pentadbiran, sejarah dan hak individu.

Tahun Diterbitkan :2005
Harga           :RM220.00
BIOGRAFI DATUK ZAKIAH HANUM

Biografi ini menceritakan mengenai kehidupan Y. Bhg. Datuk Zakiah Hanum, bekas Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia sejak mula dilahirkan sehingga sekarang, meliputi zaman kanak-kanak, tamat berkhidmat dengan perkhidmatan awam, keluarga, sumbangannya terhadap pertubuhan-pertubuhan dalam dan luar negara, hasil penulisan dan anugerah yang diterima.

Tahun Diterbitkan :2006
Harga           :RM45.00
TUN HUSSEIN ONN BAPA PERPADUAN

Buku ini diterbitkan sempena perasmian Memorial Tun Hussein Onn sebagai mengenang jasa dan sumbangan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Buku ini mengandungi lima bab iaitu mengenai salasilah dan pendidikan awal, kerjaya politik, dasar dalam dan luar negara dan sumbangan beliau selepas bersara.

Tahun Diterbitkan :2006
Harga           :RM92.00
MALAYSIA A PICTORIAL HISTORY 1400 - 2004

Buku ini mengandungi lebih 1,200 imej gambar yang menceritakan mengenai Malaysia dari kacamata artis dan jurugambar yang merakamkan beberapa peristiwa menarik dari tahun 1400 hingga 2004. Gambar-gambar yang terkandung dalam buku ini merupakan koleksi-koleksi yang disimpan di Arkib Negara Malaysia dan koleksi simpanan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

Tahun Diterbitkan :2004
Harga           :RM99.00

MORE PUBLICATIONS >>> 1 | 2 | 3 | 4



Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh dirujuk di :
Unit Penerbitan dan Percetakan,
Arkib Negara Malaysia
dengan menghubungi;
 Siti Kamaliah Madil
03-62010688 sambungan 5730
kamaliah@arkib.gov.my
 Puan Haminah Salleh
03-62010688 sambungan 5735
 En. Muhd. Firos Mustaffa
03-62010688 sambungan 5731

Updated Date :