Anda berada di sini : Pengurusan Rekod / Elektronik / Pemindahan Rekod Elektronik ke Arkib Negara untuk Simpanan Kekal
PEMINDAHAN REKOD ELEKTRONIK KE ARKIB NEGARA UNTUK SIMPANAN KEKAL
Adalah menjadi tugas dan
tanggungjawab Jabatan-jabatan memastikan rekod dan data
elektronik yang tindakan ke atasnya telah selesai dan dianggap
tidak lagi aktif di Jabatan, dipindahkan ke Arkib Negara.
Rekod-rekod elektronik yang
hendak dipindahkan ke Arkib Negara untuk simpanan kekal
hendaklah rekod dan data elektronik yang autentik, sahih dan
lengkap.
Arkib Negara bertanggungjawab
memastikan rekod dan data elektronik yang disimpan di Akrib
Negara ini dipelihara sebaik mungkin terutamanya dari aspek
teknikal sepertimana semasa dipindahkan.
Format Pemindahan
Rekod dan data elektronik yang hendak dipindahkan ke Arkib
Negara sebaik-baiknya disimpan dalam format yang mudah, kos
efektif dan tidak dikekang oleh satu-satu sistem komputer (perkakasan
atau perisian).
Arkib Negara menyarankan agar jabatan-jabatan yang
memindahkan rekod elektroniknya ke Arkib Negara untuk simpanan
kekal hendaklah memastikan rekod atau data elektronik
dipindahkan dalam format terbuka (open format and
platform-independent). Ini kerana rekod yang disimpan dalam
format 'defacto' atau 'uncommon hardware/software' akan
menyulitkan proses pertukaran (conversion) dan penhijrahan
(migration) kemudian hari kelak.
Buat masa ini Arkib Negara
menerima rekod dan data elektronik dalam format seperti
berikut :
Rekod
Format
Teks tidak berstruktur (Unstructured texts)
Plain American Standard Code for Information Interchange (ASCII), Unicode
Teks Berstruktur (Structured Texts)
Extensible Markup Language (XML), Standardized General Markup Language (SGML).
Compound Documents
Portable Document Format (PDF)
Bipmapped Images
Tagged Image File Format (TIFF, Version 6 and above), Photo CD Format (PCD), Joint Photographic Experts Group Format (JPEG, lossless compression)
Semua fail pangkalan data dalam ASCII dan fail data yang hendak di simpan di Arkib Negara mestilah dipindahkan dalam bentuk flat files terlebih dahulu dengan ciri-ciri kawalan berlebihan dibuang kecuali penanda kepanjangan rekod bagi rekod panjang boleh ubah (record length indicators for variable length records) penanda penyahhad elemen data, medan, rekod atau fail atau tag SGML, (marks deliminiting a data element, field, record or file, or SGML tags).
Semua rekod pangkalan data mestilah dalam format logik yang sama dan setiap elemen data dalam sesuatu rekod mestilah mengandungi satu nilai sahaja. Pangkalan data hubungan (Relational Database) yang memerlukan pautan dengan fail rujukan perlu mempunyai kunci primer (primary keys) untuk membolehkan pautan antara rekod dalam fail yang berbeza.
Semua maklumat dan deskripsi tambahan mengenai rekod tersebut mestilah dikeluarkan daripada sistem pengurusan pangkalan data Jabatan dan disimpan bersama dengan flat files dalam bentuk berstruktur untuk menjadikan ia sebagai satu rekod yang lengkap dan boleh difahami.
Fail teks dalam format seperti Microsoft Words, Word Perfect atau teks biasa (plain text) ASCII yang mempunyai rujukan kepada fail lain perlu dibuat nota kaki (footnote) yang mudah difahami. Rekod yang di encrypt (penyulitan) perlu di decrypt (penyahsulitan) sebelum dipindahkan ke Arkib Negara dan rekod tidak dimampat (compressed) melainkan setelah mendapat kelulusan Arkib Negara. Rekod-rekod terperingkat perlu diturun taraf sebelum dipindahkan ke Arkib Negara untuk simpanan kekal
Media Storan Rekod
Elektronik
Jabatan boleh memilih untuk menyimpan dan memindah rekod elektronik
ke Arkib Negara dalam media storan seperti berikut:
Pita Magnetik
4mm Pita DAT
Disket 3.5" 1.44Mb
CD-ROM yang mematuhi standard 9600
Bagi mel-elektronik, Jabatan mestilah mematuhi
Garispanduan Prosedur Pengoperasian E-mel di Jabatan Kerajaan
dan MyMIS (Malaysian Public Sector Management of Information &
Communication Technology Security Handbook) yang disediakan
oleh MAMPU. Sementara e-mel yang mempunyai nilai arkib
hendaklah dipindahkan ke Arkib Negara mengikut spesifikasi
format dan media storan seperti dinyatakan di atas.
Sekiranya Jabatan mempunyai format dan media storan rekod dan
data elektronik berlainan daripada spesifikasi seperti
dinyatakan di atas, Jabatan hendaklah terlebih dahulu
memaklumkan dan berbincang dengan Arkib Negara.
Dokumentasi
Sebelum rekod atau data elektronik dipindahkan ke Arkib
Negara, Jabatan mestilah menyediakan metadata yang lengkap
berhubung dengan rekod dan data tersebut. Maklumat ini penting
bagi membolehkan para penyelidik mentafsir dan memanupulasi
data atau rekod elektronik pada masa hadapan.
Metadata yang wujud dalam
pengurusan rekod elektronik Jabatan hendaklah dipindahkan ke
Arkib Negara bersama-sama dengan rekod atau data elektronik di
dalam fail yang berasingan mengikut spesifikasi format yang
sama seperti rekod elektronik.
Bagi rekod-rekod elektronik yang termasuk dalam Jadual
Pemisahan rekod Jabatan yang perlu dipindahkan ke Arkib
Negara, tetapi tidak dapat dipindahkan atas sebab-sebab
keperluan pentadbiran, maka tindakan seperti berikut hendaklah
di ambil oleh Jabatan :
Memastikan ruang simpanan untuk
rekod elektronik seperti pita magnetik, cakera padat, kaset
dan lain-lain disimpan dalah suhu antara ± 18ºC dan R.H. 45%
± 5.
Mengamalkan penyemakan secara
rambang ke atas semua media storan bagi menyemak jika
terdapat kehilangan data dan seterusnya mengenalpasti
sebab-sebab kehilangan data. Pada lazimnya media storan
hendaklah diperbaharui dari semasa ke semasa bagi mengatasi
keusangan (degradation).
Membuat perancangan teliti bagi
tindakan penghijrahan maupun peralihan data sebelum perisian
dan perkakasan menjadi usang (obsolete)
Memastikan semua metadata dan
dokumentasi sistem bagi rekod tersebut yang wujud dalam bentuk
kertas atau fail elektronik disimpan dan dipelihara dengan
baik.