Melihat kepada perkembangan
pesat teknologi pengkomputeran, adalah mustahil untuk Arkib
Negara memelihara dan menyimpan rekod-rekod elektronik dalam
sistem dan format sepertimana semasa ia diwujudkan. Ini kerana
terdapat sistem dan format yang diguna pada masa lalu, tetapi
tidak boleh lagi digunapakai pada masa kini.
Oleh itu, dari aspek
pemeliharaan, rekod yang wujud secara elektronik atau digital
tidak semestinya terus disimpan dan dipelihara dalam bentuk
elektronik sepanjang hayatnya. Bagi tujuan pemeliharaan kekal,
Arkib Negara mungkin perlu memindahkan rekod elektronik ke
dalam media storan yang mempunyai jangka hayat terjamin dan
boleh diakses pada masa hadapan seperti mikrofilem.
Bagi tujuan ini, Arkib Negara
sentiasa membuat penyelidikan, kajian perbandingan
amalan-amalan terbaik dan terkini di seluruh dunia untuk
disesuaikan dengan perubahan teknologi dan keperluan tempatan.
Penggunaan Garis Panduan
Penggunaan GARISPANDUAN
PENYIMPANAN DAN PEMELIHARAAN REKOD ELEKTRONIK SEKTOR AWAM ini
adalah tertakluk kepada perubahan dan akan dikemaskini dari
semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
Sebarang pertanyaan hendaklah dimajukan kepada Pengurusan
Rekod Elektronik dan Teknologi Maklumat, Arkib Negara Malaysia
atau hubungi :