Pengumuman!

Anda berada di sini : Memorial / Galeria Perdana

Galeria Sri Perdana

 

20 DISEMBER 1925

Galeria Sri Perdana telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 20 Disember 2003. Sebelum ini ia dikenali sebagai Sri Perdana iaitu Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta keluarga. Kediaman ini didiami pada tahun 1983 sehingga 1999 apabila pentadbiran kerajaan Malaysia berpindah ke Putrajaya. Pada tahun 2000, bangunan ini telah diserahkan kepada Arkib Negara untuk dijadikan Galeria Sri Perdana.

Galeria Sri Perdana pada asalnya dikenali sebagai Sri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga. Ia mula diduduki pada 23 Ogos 1983 hingga 18 Oktober 1999. Galeria ini diwujudkan bagi memperingati dan mengenang jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara selama 22 tahun.


Galeria Sri Perdana menampilkan konsep residensi di mana sebahagian besar ruang-ruang penting dikekalkan, manakala yang lainnya diubahsuai menjadi ruang pameran. Bersesuaian dengan konsep residensi, sebahagian besar struktur bangunan dan hiasan dalaman dikekalkan sebagaimana asal. Namun begitu, sedikit renovasi dibuat agar bersesuaian dengan sebuah galeri yang boleh dikunjungi oleh orang ramai. Pameran luar bangunan juga dikekalkan dengan landskap-landskap seperti mana semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad tinggal di sini.

Pengunjung yang datang ke sini akan dapat melihat sendiri kediaman rasmi seorang pemimpin tertinggi negara. Ia bertujuan mendekatkan lagi hubungan rakyat dengan pemimpin secara amnya dan memudahkan pelawat mengenali Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah secara peribadi khususnya. Selain itu, pengunjung dapat melihat dan menghayati jasa, sumbangan dan perjuangan Perdana Menteri dan keluarga menerusi bahan-bahan yang dipamerkan.

 


Kediaman Rasmi


RUANG PAMERAN

i. Bilik Tidur

Bilik tidur Dato’ Seri Dr Mahathir dan isteri.
Set bilik tidur ini telah ditempah khas dari negara China:
Aras 2

 

ii. Bilik Bacaan

Bilik bacaan yang digunakan untuk menyediakan ucapan-ucapan rasmi semasa menjadi Perdana Menteri:
Aras 2

 

 

iii. Bilik Pertukangan


Antara hasil kerja pertukangan Dato’ Seri Dr Mahathir :
Pameran Aras Bawah

 

 

Waktu Lawatan

Hari
Masa
Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tgh
3.00 petang - 5.30 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)
Tutup
Masuk adalah PERCUMA.
(Bekas Kediaman Rasmi Perdana Menteri ke-4)
Jalan Terengganu,
Off Jakan Damansara
KUALA LUMPUR.
No. Tel : 03-20720033
No. Faks : 03-20722664

 

TAHUKAH ANDA?

Pada 16 Julai 1985, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri telah melancarkan Projek Kereta Nasional Malaysia yang pertama iaitu model Proton Saga.

Tarikh Kemaskini :