Pengumuman!

Anda berada di sini : Memorial / Pustaka Peringatan P.Ramlee

Pustaka Peringatan P.Ramlee

 

22 MAC 1929- 29 MEI 1973

Seniman Agung P.Ramlee sememangnya sinonim dengan perkembangan seni muzik dan perfileman tanahair dalam era 50an. Malah filem-filem dan lagu-lagu beliau masih lagi diminati ramai sehingga kini. Menyedari keistimewaan insan berjiwa besar ini, Arkib Negara Malaysia telah mengubahsuai bekas rumah kediaman beliau untuk dijadikan Pustaka Peingatan P.Ramlee dan telah dibuka dengan rasminya pada 22 Mac 1986. Pustaka telah diubahsuai untuk kali ke dua pada tahun 2002.Objektif penubuhannya ialah untuk mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham P.Ramlee terhadap dunia seni tahan air serta menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam aspek-aspek seni dan budaya Negara. Bahan-bahan yang dipamerkan adalah berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi memudahkan pelawat mengenali Allahyarham P.Ramlee secara peribadi.


 

 

 

 

 

 

 


Antara tema-tema tersebut ialah Sepintas Lalu, Biografi, Kenali P.Ramlee, Era Kebangkitan, Irama dan Lagu, Dunia Filem, Anugerah, Sepanjang Riwayatku, Al-Fatihah dan P.Ramlee Yang Ku Kenali. Dipamerkan juga suasana penggambaran filem Penarik Beca bersama alatan asal membuat filem. Diorama penggambaran filem Pendekar Bujang Lapok juga dibuat di mana terdapat replika pelakon seakan-akan rupa asal. Selain dari itu, terdapat juga baju-baju Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarham Saloma yang dipamerkan untuk tatapan pelawat.

BAHAN

 


Wajah ibubapa kesayangan P.Ramlee, Tueku Nyak Puteh dan Che Mah Bte Hussien:
Bahan Pameran

 

 


 

Kad Pengenalan milik P.Ramlee:
Bahan Pameran

 

 

 


Sijil Upah Haji P.Ramlee:
Bahan Pameran

 

 

 

Waktu Lawatan

Hari
Masa
Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tgh
3.00 petang - 5.30 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)
Tutup
Masuk adalah PERCUMA.
No. 22, Jalan Dedap,
Taman P.Ramlee, Setapak,
53100 KUALA LUMPUR.
No. Tel : 03-40231131
No. Faks : 03-40248632

 

TAHUKAH ANDA?

Pada tahun 1948, P.Ramlee telah ditawarkan sebagai penyanyi dan pelakon oleh B.S Rajhans, seorang pengarah filem dari Shaw Brothers, Singapura. Filem lakonan pertama ialah ‘Chinta’ di mana beliau menjadi penyanyi latar dan memegang peranan sebagai penjahat.

Tarikh Kemaskini :