Bahan-Bahan Bersejarah Mengenai Malaya
(Bahan dari Jospeh-Pierre Sluzalek, Canberra, Australia)
Koleksi bahan adalah seperti berikut:
i. Poskad Jerman dengan gambar bendera lukisan tangan
bagi Negeri Perak, Kelantan, Bendera Sultan Kelantan,
Bendera FMS dan Bendera Negeri Terengganu.
ii. Buku bertajuk ‘The Origin , Rules and Regulations
of the Kek Lok Si Monastery’, Ayer Itam, Pulau Pinang
(1907).
iii. Hand-Tinted Lithograph, 1885. Malay Race.
iv. Bahan Propaganda Zaman Darurat (1948).
v. Buku Program Mengenai Merdeka (5 unit).
vi. Majalah Guru, Suara Guru-Guru Semenanjung 1958-1961
(7 unit).
vii. Buku Program Perasmian – Pavillion of The Federation
of Malaya (13th May 1963): Groundbreaking at The New
York World’s Fair.
viii. Poster ‘Operation Malaya: Terror In The Jungle’
ix. Gambar Putera William diiringi oleh Raja Muda Selangor
ketika itu sewaktu tiba untuk Majlis Pertabalan Agong.
x. Keratan Akhbar bertajuk ‘The War In The Malay Peninsula
(The Perak War)’ bertarikh 18 Mac 1876 daripada ‘The
Graphic’ m.s. 267-268.
2.
Gambar Mengenai Perang Duna Kedua (1942-1945)
(Bahan dari Imperial War Museum, UK)
Gambar—gambar (205 keping) adalah gambar hitam putih mengenai
Perang Dunia Kedua, penyerahan tentera Jepun di Singapura,
mengenai darurat dan sekitar kehiduapan masyarakat di
Tanah Melayu pada era tersebut.
3.
Bahan-bahan Bersejarah Mengenai Straits
Settlements Dan Malaya
(Bahan dari British Library, United Kingdom)
Merupakan dokumen-dokumen mengenai Straits Settlements, Tanah
Melayu dan Hindia Timur (East Indies) dari tahun 1836-1858
dalam bentuk CD.
4.
Buku Francois Valentijn –Oud en Nieuw Oost-Indien
(Bahan dari Quist Antiqaar, Netherland)
Buku ini mengandungi maklumat mengenai pengembaraan Francois Valentijn ke kawasan dibawah jajahan Syarikat Hindia Timur dari tahun 1724-1726. Terdapat 24 peta, 265 pelan, pemandangan, lakaran tanaman, binatang dan pakaian pada era tersebut. Buku ini juga memberi penerangan mengenai peta geografi dan deskripsi mengenai jajahan di bawah East India Company serta pelabuhan-pelabuhan.
5.
Gambar, Buku dan Filem Mengenai Malaya
(Bahan dari Australian War Memorial)
Gambar sebanyak 162 keping adalah mengenai Perang Dunia Kedua
(1939-1945), darurat dan Koleksi Tahanan Perang (Prisoners
of War), buku-buku dan filem mengenai Malaya dan Perang
Dunia Kedua.
6.
Documents Relating To East Indies
(Bahan dari Nationaal Archief Netherland)
Bahan-bahan ini adalah mengenai surat-surat persendirian,
peta dan lakaran juga VOC Collection Archives.