Pengumuman!

Anda berada di sini : Memorial / Pustaka Perkhidmatan Awam

Pustaka Perkhidmatan awam

 

LATARBELAKANG

Penubuhan Pustaka Perkhidmatan Awam ini adalah didorong oleh perkembangan pesat Perkhidmatan Awam di negara ini yang berperanan besar dalam menggerakkan pembangunan negara ke arah kejayaan yang gemilang. Perkembangan yang pesat ini telah melahirkan kesedaran tentang perlunya ditubuhkan satu pustaka atau muzium bagi mengumpul dan mendapatkan segala bentuk maklumat terdiri daripada bahan dokumen, objek dan terbitan yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Awam untuk makluman, rujukan dan kajian generasi sekarang dan juga yang akan datang. Penubuhan Pustaka ini sebagai satu pusat yang akan mempamerkan segala memorabilia yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Awam adalah penting bukan sahaja sebagai satu daya usaha murni ke arah menerapkan rasa keinsafan dan penghargaan di kalangan rakyat atas jasa dan sumbangan besar Perkhidmatan Awam terhadap negara.

Selain dari itu ia diharap akan menimbulkan kesedaran peri pentingnya keberkesanan Perkhidmatan Awam dipertingkatkan untuk kepentingan pembangunan negara melalui pendedahan konsep-konsep pemodenan yang telah diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam, bagi merancang strategi peningkatan mutu untuk masa akan datang. Pustaka Perkhidmatan Awam ini diharap akan muncul sebagai satu mercutanda di negara ini yang melambangkan kecemerlangan Perkhidmatan Awam dan budaya kerja yang gemilang.

Pameran di sini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Pentadbiran Awal Kerajaan, Pentadbiran British Malaya, Pentadbiran Selepas Merdeka dan Pembaharuan Dalam Perkhidmatan Awam.

BAHAN

i. Mata Wang Tentera Jepun

Matawang Tentera Jepun bernilai sepuluh ringgit (1942):
Bahan Pameran Aras Bawah.


ii. Mesin Taip



Mesin taip yang digunakan ketika zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri:
Bahan Pameran Aras Bawah.

 

iii. Mesin Kira ‘Brunsviga’



Mesin kira ‘Brunsviga’ ini digunakan dari tahun 1957-1970
di Cawangan Hitungan:
Bahan Pameran Aras Bawah.



 

 

iv. Pegawai-Pegawai Pentadbir Inggeris






Pegawai-pegawai pentadbir Inggeris yang terlibat semasa Perjanjian Pangkor pada 15 Januari 1874 di Perak:
Bahan Pameran Aras Bawah.

Waktu Lawatan

Hari
Masa
Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tgh
3.00 petang - 5.30 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)
Tutup
Masuk adalah PERCUMA.
Jalan Cenderawasih,
50480 KUALA LUMPUR.
No. Tel : 03-26945284 / 85 / 86 / 87
No. Faks : 03-26945280

 

TAHUKAH ANDA?

Pada 1.1.1979, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Ayub telah melancarkan Etika Perkhidmatan Awam. Pelancaran ini telah dilakukan secara langsung melalui siaran radio dan televisyan Malaysia seluruh Negara. Ia dilancarkan sebagai satu usaha kerajaan untuk menimbulkan kesedaran kepada kakitangan perkhidmatan awam agar dapat memberikan perkhidmatan yang jujur, cekap dan berkesan.

Tarikh Kemaskini :