Anda berada di sini : Jabatan Kami / Piagam Pelanggan /
PIAGAM PELANGGAN
Nota :"Pindaan
akan dibuat berikutan penggabungan Kementerian"
Melaksanakan sebanyak 80% lawatan khidmat nasihat ke jabatan kerajaan setahun seperti yang dijadualkan.
Menilai dan memisahkan sebanyak 80% fail yang diterima berdasarkan permohonan yang lengkap dalam 8 bulan seperti yang dijadualkan.
Mengeluarkan satu fail yang diminta oleh penyelidik
dalam masa sekurang-kurangnya dari 2 jam dengan
syarat maklumat yang diberi lengkap dan betul.
Penyerahan fail untuk pinjaman dan rujukan kepada jabatan dalam tempoh 5 hari bekerja dengan syarat
maklumat yang diberi lengkap dan betul.
Membersihkan rekod sebanyak 100% daripada matlamat tahunan yang ditetapkan.
Membuat senarai penjelasan sekurang-kurangnya 90% daripada matlamat tahunan yang ditetapkan.
Menyediakan perkhidmatan penyalinan mikrofilem, pita rakaman, gambar slaid hitam / putih dan warna yang
memenuhi piawaian kualiti dalam tempoh 7 hari dari tarikh pesanan.
Menyediakan perkhidmatan penyalinan mikrofilem (off set) dalam masa 3 hari dari tarikh pesanan
penyalinan mikrofilem yang melibatkan kerja-kerja luar biasa pula 3 bulan dari tarikh pesanan.
Menyediakan perkhidmatan jilidan bahan-bahan Arkib dengan lengkap 10 buah seminggu dan perkhidmatan
baik pulih bahan Arkib yang sederhana tahap keuzurannya sebanyak 300 fail mengikut kaedah
tradisional 600 pembaikan tisu dan 100 leafcasting seminggu.
Memberi latihan pengurusan rekod / Arkib yang berkualiti untuk pegawai dan kakitangan Jabatan atau
Agensi Kerajaan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan.
Menyediakan maklumat mengenai Jabatan dalam tempoh 7 hari.
Menyediakan perkhidmatan dokumentasi yang cekap dan menghasilkan bahan yang berkualiti untuk mengisi
jurang-jurang dalam kumpulan bahan-bahan asal seperti berikut:
12.1 Menyediakan skrip-skrip Hari Ini Dalam Sejarah 1 bulan sebelum tarikh siaran di RTM.
12.2 Menjalankan Siri Pengkisahan Sejarah sekali bagi setiap 2 bulan.
12.3 Membuat rakaman lisan dengan tokoh dalam tempoh 3 bulan selepas tokoh dihubungi.
12.4 Menyediakan artikel sejarah sepanjang 250 patah perkataan sebulan sebelum ia disiarkan di majalah.