Pengumuman!

Anda berada di sini : Jabatan Kami / Perutusan Ketua Pengarah

Perutusan Ketua Pengarah

 

Selamat datang ke laman web rasmi Arkib Negara Malaysia. Laman ini diharap menjadi landasan untuk mendekatkan Arkib Negara dengan orang ramai khususnya para penyelidik dan pengkaji sejarah tanah air.

Laman web rasmi Arkib Negara menghidangkan pelbagai cita rasa informasi sebagai santapan minda ilmu. Selain dari mendekati Arkib Negara sebagai sebuah organisasi, laman ini juga memaparkan maklumat mengenai pelbagai perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini kepada orang ramai. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut mencakupi bidang-bidang Pengurusan Rekod, Pentadbiran Arkib, Memorial, Pemeliharaan Rekod dan Arkib, Pameran, Aktiviti Jadual Latihan; serta banyak lagi.

Kemudahan Penyelidikan yang merupakan di antara tunjang utama dalam peranan dan tanggungjawab Arkib Negara, diberi keistimewaan melalui laman ini. Penyelidik berpeluang mengakses bahan yang terdapat dalam simpanan Arkib Negara. Bahan-bahan ini merangkumi termasuk kumpulan fail, terbitan, gambar dan sebagainya. Peristiwa penting mengenai sejarah tanah air yang pernah disiarkan melalui program Hari Ini Dalam Sejarah, mempunyai pautan yang tersendiri, untuk dijadikan rujukan tambahan.

Arkib Negara masih dan akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu paparan dalam laman rasmi ini. Pandangan dan cadangan dari para pengguna adalah sentiasa dialu-alukan. Terima kasih.

SELAMAT MELAYARI LAMAN RASMI ARKIB NEGARA MALAYSIA.

Dato' Haji Sidek Bin Haji Jamil
Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia.

Tarikh Kemaskini :