Pengumuman!

Anda berada di sini : Penerbitan

PENERBITAN



Poskad
Sinopsis
POSKAD NEGERI-NEGERI SELAT

Set poskad ini mengandungi 12 keping koleksi poskad berkaitan Negeri-Negeri Selat. Set poskad ini dipilih khas dari koleksi poskad Arkib Negara Malaysia dan National Archives of Singapore.

Tahun Diterbitkan : 2004
Harga           : RM10.00
POSKAD SARBICA

Poskad-poskad ini mengandungi gambar-gambar dari Negara-negara SARBICA terdiri daripada Brunei, Cambodia, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Tahun Diterbitkan : 2008
Harga           : RM10.00

Buku-Buku
Sinopsis
BAHAN-BAHAN PILIHAN PAMERAN ARKIB WARISAN NEGARA

Buku ini mengandungi 245 bahan bersejarah yang terdapat di Arkib Negara Malaysia bertarikh di antara tahun 1463 hingga 1977, terdiri daripada bahan-bahan mengenai beberapa zaman dalam Sejarah Malaysia iaitu Zaman Kesultanan Melaka hingga Pembentukan Malaysia

Tahun Diterbitkan : 1982
Harga           : RM25.00
PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA: MENITI ZAMAN

Buku bergambar ini diterbitkan sebagai salah satu usaha memberikan gambaran yang tersendiri tentang sejarah dan perkembangan perkhidmatan awam di Malaysia. Terbitan ini mengandungi gambar-gambar dokumen, tokoh, carta, bangunan, kenderaan, kempen dan anugerah perkhidmatan awam untuk rujukan bagi mereka yang ingin mengkaji sejarah perkhidmatan awam di Malaysia.

Tahun Diterbitkan : 1995
Harga           : RM15.00
UCAPAN-UCAPAN DATO’ SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD 1981

Jika diteliti ucapan-ucapan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun1981, dapat dilihat bahawa beliau amat mementingkan pembangunan negara dan mahu Malaysia setanding dengan negara-negara maju. Ucapan beliau banyak berkisar mengenai ekonomi, pembangunan sektor perindustrian, penerapan nilai-nilai Islam dan keadaan politik negara.

Tahun Diterbitkan : 1986
Harga           : RM16.00
ARCHIVES EXCLUSIVE HERITAGE

Buku Archives Exclusive Heritage merupakan terjemahan daripada buku Arkib Warisan Eksklusif yang diterbitkan pada tahun 2006. Buku ini merangkumkan bahan-bahan terpilih daripada koleksi arkib. Maklumat bahan arkib yang terkandung dalam buku ini adalah merupakan rekod-rekod awam, yang mencakupi pelbagai bidang berkaitan perundangan, pentadbiran, sejarah dan hak individu.

Tahun Diterbitkan : 2008
Harga           : RM130.00
A GLIMPSE OF LIFE IN LONDON AND OF TIMES PAST

Manuskrip ini dihasilkan oleh Puan Sri Nurzan Mohd. Wahie, isteri kepada Tan Sri Wan Sidek bin W. A. Rahman, bekas Ketua Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London di bawah Projek Penulisan Sejarah Pentadbiran Awam. Di bawah projek ini tokoh-tokoh pentadbir diundang untuk menulis mengenai pentadbiran sektor awam sama ada dari sudut pengalaman masing-masing atau pun sebagai hasil kajian.

Tahun Diterbitkan : 2007
Harga           : RM45.00
PENTADBIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Buku ini merupakan sebuah karya yang mendokumentasikan sejarah pentadbiran dan pemerintahan Kerajaan Melayu sejak zaman Srivijaya sehingga zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Antara kandungannya adalah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Buku ini turut dihiasi pelbagai ilustrasi, peta dan dan gambar yang khusus berkenaan Melaka.

Tahun Diterbitkan : 2006
Harga           : RM50.00
PRINCE AMONG MEN: RECOLLECTIONS DAN REFLECTIONS ON TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Buku ini menceritakan pengalaman dan ketokohan Tunku Abdul Rahman Putra dari sudut pandangan kenalan dan keluarga. Buku ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan terdapat 60 artikel di dalamnya.

Tahun Diterbitkan : 2006
Harga           : RM140.00
CITRA MERDEKA 1957-2005

Buku Citra Merdeka 1957-2005 mengandungi 2 bab utama iaitu: Perjuangan Ke Arah Kemerdekaan yang memaparkan peristiwa dan tindakan serta pengorbanan pejuang-pejuang dahulu, yang diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Sejarah sambutan Hari Kemerdekaan Negara pula dibahagikan kepada 5 segmen iaitu tiap-tiap satunya mengikut era kepimpinan lima orang Perdana Menteri.

Tahun Diterbitkan : 2007
Harga           : RM95.00
JEJAK-JEJAK PEMBANGUNAN 1957-2007

Buku ini mengandungi 12 bahagian utama. Setiap bahagian memaparkan rancangan pembangunan negara yang dilaksanakan menerusi program jangka panjang lima tahun bermula daripada Draf Rancangan Pembangunan 1950-1955, Rancangan Malaya Pertama 1956-1960, Rancangan Malaya Kedua 1971-1975, Rancangan Malaysia Ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan

Tahun Diterbitkan : 2007
Harga           : RM200.00
YANG MENURUT PERINTAH

Buku ini diterbitkan di bawah Projek Penulisan Sejarah Perkhidmatan Awam Malaysia yang mula diusahakan oleh ANM pada tahun 1997. Buku ini ditulis dalam bentuk memoir bagi memberi kesedaran kepada generasi akan datang mengenai peranan perkhidmatan awam dalam pembangunan negara.

Tahun Diterbitkan : 2000
Harga           : RM25.00
SEPANJANG RIWAYATKU

Buku Sepanjang Riwayatku memaparkan sejarah hidup peribadi seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. Judul buku ini diambil sempena lagu ciptaan dan nyanyiannya. Buku bergambar ini menampilkan gaya P.Ramlee dalam kehidupan peribadinya seperti bersama keluarga, rakan, peminat, aktiviti-aktiviti seni, hobi, penerimaan anugerah, penulisan, penerbitan serta detik-detik kembalinya kerahmatullah.

Tahun Diterbitkan :2001
Harga           :RM20.00

SENANDUNG WARISAN


Buku ini diterbitkan sebagai kesinambungan kepada Bengkel Lagu-lagu P.Ramlee yang telah diadakan pada tahun 2003. Buku ini mengandungi 220 senikata lagu dan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu lagu-lagu ciptaan Allahyarham P.Ramlee yang dinyayikan oleh beliau sendiri, lagu-lagu beliau yang didendangkan oleh penyanyi lain serta lagu-lagu gubahan pencipta lain yang dinyanyikan oleh P.Ramlee. Buku ini diterbitkan dengan harapan lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee bukan sahaja kekal sebagai warisan sejarah negara malah membuktikan betapa kreatifnya Allahyarham dalam menghasilkan lagu-lagu yang bukan hanya mengalun jiwa dan menusuk kalbu malahan masih diminati sehingga kini.

Tahun Diterbitkan :2004
Harga           :RM34.00
P.RAMLEE SENIMAN AGUNG DUNIA MELAYU

Buku ini merupakan kombinasi 31 himpunan kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Simposium karya Seni Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pada 11 hingga 13 Jun 2002 di Hotel Palace of The Gorden Horses, Kuala Lumpur. Buku ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan yang bermanfaat kepada penyelidik dan orang awam yang ingin mengetahui secara mendalam mengenai P.Ramlee

Tahun Diterbitkan :2003
Harga           :RM35.00

PENERBITAN SETERUSNYA >>> 1 | 2 | 3 | 4



Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh dirujuk di :
Unit Penerbitan dan Percetakan,
Arkib Negara Malaysia
dengan menghubungi;
Cik Siti Kamaliah Madil
03-62010688 sambungan 5730
kamaliah@arkib.gov.my
 Puan Haminah Salleh
03-62010688 sambungan 5735
 En. Muhd. Firos Mustaffa
03-62010688 sambungan 5731

Tarikh Kemaskini :