Anda berada di sini : Jabatan Kami / Organisasi / Cawangan Negeri (Perkhidmatan Yang Ditawarkan)
CAWANGAN NEGERI (PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN)
Berperanan sebagai
miniature archives di peringkat negeri, Arkib Negara
Cawangan Negeri menawarkan beberapa perkhidmatan :
1. Khidmat Nasihat Pengurusan Rekod
Setiap Arkib
Cawangan Negeri bersedia membebri khidmat nasihat tentang
tatacara pengurusan rekod yang sistematik dan teratur bagi
semua Jabatan/agensi dan perusahaan kerajaan. Ianya meliputi
pengurusan rekod dari peringkat pengwujudan sehinggalah kepada
pelupusan rekod, yang merangkumi perkara-perkara seperti
pengurusan borang; emel dan fotokopi; sistem registri; sistem
kelasifikasi; dan bilik rekod. Khidmat nasihat yang ditawarkan
adalah dalam bentuk lawatan, taklimat/bengkel, melalui telefon
dan hadir sendiri di Jabatan.
2. Latihan Pengurusan Rekod
Arkib Negara
Cawangan Negeri turut membantu mengendalikan kursus pengurusan
rekod yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan Arkib Negara
Malaysia. Kandungan kursus meliputi perkara-perkara berikut:
Arkib Negara
Malaysia; peranan, fungsi dan organisasi
Pengwujudan rekod,
pengkelasan dan prinsip-prinsip pengkelasan
Penyelenggaraan
dan kawalan rekod
Akta dan
peraturan-peraturan bekaitan pengurusan rekod
Konsep pemisahan
rekod
Ruang simpanan
rekod, keperluan, peralatan dan keselamatan bilik rekod
3. Kemudahan Penyelidikan
Seperti di Ibu
Pejabat, Arkib Negara Cawangan-cawangan Negeri juga
menyediakan kemudahan penyelidikan kepada Jabatan/agensi
kerajaan, penyelidik-penyelidik, pelajar sekolah dan pengajian
tinggi, serta orang awam. Bilik rujukan ini dilengkapi dengan
kemudahan rujukan seperti panducari, panducari atas talian,
mikrofilem dan alat pandang dengar. Rekod-rekod ini boleh
dirujuk di Bilik Rujukan Arkib Negara Cawangan-cawangan Negeri
adalah terdiri daripada pelbagai bentuk rekod rasmi kerajaan
dan juga bahan arkib persendirian yang berkaitan
dengannegeri-negeri berkenaan. Bilik Rujukan Arkib Negara
Cawangan Negeri juga menyediakan perkhidmatan rujukan seperti
penyalinan bahan, merizab bahan, transliterasi dan perkihmatan
penyelidikan.
Bilik-bilik
Rujukan Arkib Cawangan Negeri di buka pada lima(5) hari
bekerja iaitu dari :
Hari
Masa
Isnin hingga
Jumaat (kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah)
9.00 pagi
hingga 4.30 petang
Ahad (bagi
negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah)
9.00 pagi
hingga 4.30 petang
4. Pendokumentasian Maklumat
Arkib Negara
Cawangan Negeri juga bersedia bekerjasama dengan Jabatan/agensi
kerajaan dan swasta dalam kerja-kerja pendokumentasian
maklumat berhubung dengan sejarah perkembangan negeri-negeri.
Perkhidmatan yang disediakan ialah penulisan di media massa,
Pengkisahan Sejarah, pameran dan rakaman sejarah lisan.
Aktiviti-aktiviti ini adalah bertujuan untuk memupuk dan
menanam rasa kecintaan kepada negara dikalangan generasi muda.