Anda berada di sini : Jabatan Kami / Organisasi / Cawangan Negeri (Peranan & Tanggungjawab)
CAWANGAN NEGERI (PERANAN & TANGGUNGJAWAB)
Peranan dan
tanggungjawab Cawangan Arkib Negara di semua negeri adalah
seragam, di mana lebih menumpukan kepada program pengurusan
rekod bagi membantu Jabatan/agensin kerajaan di negeri-negeri
menguruskan rekod-rekod awam dengan sistematik. Justeru itu,
rekod-rekod awam yang bernilai kekal dapat dipelihara untuk
rujukan dimasa hadapan. Peranan dan tanggungjawab itu adalah
meliputi :
menjalankan
lawatan dan memberi khidmat nasihat kepakaran dalam program
pengurusan rekod kepada Jabatan-jabatan kerajaan, meliputi
Jabatan Persekutuan, Negeri, Badan berkanun Persekutuan dan
Negeri, juga perusahaannkerajaan, Penekanan adalah kepada
pengurusan rekod awam yang sistematik;
menjalankan
ujikajirekod ke atas rekod-rekod yang tidak katif bagi
tujuan mengenalpasti rekod-rekod yang bernilai kekal dan
rekod-rekod yang boleh dimusnahkan, berdasarkan nilai-nilai
rujukan, perundangan dan kebangsaan;
memindahkan dan
menyediakan ruang simpanan bagi rekod-rekod awam yang
bernilai kekal untuk tujuan pemeliharaan, agar rekod-rekod
tresebut boleh dirujuk semula;
memberi
kebenaran pemusnahan rekod-rekod awam yang tidak aktif yang
tidak mempunyai nilai rujukan, kebangsaan dan perundangan
bagi melegakan ruang simpanan rekod di Jabatan/agensi
kerajaan;
memberi
kebenaran pemusnahan rekod-rekod awam yang tidak aktif yang
tidak mempunyai nilai rujukan, kebangsaan dan perundangan
bagi melegakan ruang simpanan rekod di Jabatan/agensi
kerajaan;
mengesan dan
mengumpul rekod-rekod persendirian seperti rekod-rekod
pertubuhan bukan kerajaan, persatuan, swasta dan orang
perseorangan dengan tujuan menambahkoleksi bahan arkib dalam
simpanan Jabatan;
menyediakan
kemudahan rujukan kepada Jabatan/agensi kerajaan dan orang
awam ke atas rekod-rekod dan bahan-bahan arkib yang
tersimpan di Arkib Negara, dan menyediakan
panducari-panducari seperti Senarai Penjelasan, Senarai
Penerimaan, kad-kad indeks dan inventori;
menjalankan
tugas-tugas pengembangan dan sebaran maklumat melalui pameran,
program-program pengkisahan sejaran, penulisan dan
mewujudkan kerjasama dengan lain-lain jabatan dengan
kerja-kerja penyebaran maklumat bagi menanam rasa kecintaan
kepada negara dan bangsa.